Mencari Sokongan

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT 


MENCARI SOKONGAN ~ Kalau ada yang tanya pada PC,penting sangatkah sokongan ni?!?.. PC jawab .. ya sangat-sangat penting.Sejauh mana kepentingannya dan daripada mana sudut yang mesti di highlight kan.

Mencari sokongan.

Melihat situasi dan keperluannya.Sokongan ni seperti pepagar yang dibina untuk membantu pokok yang sifatnya menjalar untuk terus hidup dan berbakti dengan kita mengikut caranya sendiri.Begitulah tersangat pentingnya sokongan mempengaruhi kehidupan.


Baik memberi mahupun mencari sokongan,pastikan ditempat,masa dan keadaan yang betul dan clean.Di saat diri terperuk dan terburuk  jatuh hingga sukar untuk bangkit,ini detik untuk mencari sokongan yang bukan calang-calang,hati-hati jangan sampai silap pilih untuk berpaut takut-takut semakin gelita hujungnya nanti.

Wang itu penting.Wang sentiasa diperlukan untuk kehidupan namun jangan sampai kerana wang menjadikan kita hamba di kehidupan yang singkat.Ada ketika wang tidak lagi memberi apa-apa makna.Bila?..bila jiwa terasa kosong..bila adanya tidak membuahkan rasa damai dan bahagia.Bahaya.Cari lah sokongan untuk mengisi dan memaknakan.

Kita perlukan teman.Lumrahnya kehidupan di dunia ini kita perlu mencari dan menjalin ukhuwah.Kerana mencari sokongan bukan lagi kehendak tetapi keperluan.Sungguh.Kita wajar mencari sokongan cuma bezanya mengikut apa yang diperlukan.Setiap kita ada situasi yang berbeza,pilihlah bentuk sokongan yang boleh tambah kualiti kebaikkan pada diri kita,yang boleh mendekatkan kita pada PENCIPTA dan membawa kita ke lorong siratulmustakim yang betul.

Cari dan mintalah sokongan pertama daripada Tuhan.DIA sumber keseluruhan kebaikkan yang tiada satu sebab boleh kita ragukan - Perdu Cinta. 

#sama-sama mencari redha Ilahi 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kita memang sentiasa perlukan sokongan kan PC. Terutama dari ahli keluarga. Tapi sebaik2 sokongan ialah dari Dia sendiri.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Ana...sokongan pertama adalah doa....😊

      Padam
  2. Yes, PC, sokongan yang membina membantu kita menjadi lebih baik...

    BalasPadam
  3. support system sgt penting, PC.
    duit sebakul di tepi, no support system yg kuat, duit tu abis gitu.
    at the end...?

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama