بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum WBT
SANTAI-SANTAI JANGAN MENG"ABAI" ..
Minggu pertama telah berlalu
Masuk pula minggu kedua
Bulan April pun bakal berlalu
Kita lalui sebaik-baiknya
Hujung minggu bersilih ganti
Waktu sebaiknya bersama keluarga
Didik diri cuba mengerti
Setiap makhluk ada nilainya
Diam tak diam Ramadhan mendekat
Masih sempat qada yang ditinggalkan
Banyak hal datang menghambat
Usaha dan doa jangan diabaikan
Hiburan tiada salahnya
Apa yang penting tidak langkau hadnya
Jangan melupakan pada yang berjasa
Mengenang budi bersopan bahasa
Sudah kurang terlihat buah rambai
Terasa tekak mahu makan
Santai-santai jangan meng"abai"
Kelak merana tidak tertahan
Google image
Re edit PC
#sama-sama mencari redha Ilahi
SANTAI-SANTAI JANGAN MENG"ABAI" ..
Minggu pertama telah berlalu
Masuk pula minggu kedua
Bulan April pun bakal berlalu
Kita lalui sebaik-baiknya
Hujung minggu bersilih ganti
Waktu sebaiknya bersama keluarga
Didik diri cuba mengerti
Setiap makhluk ada nilainya
Diam tak diam Ramadhan mendekat
Masih sempat qada yang ditinggalkan
Banyak hal datang menghambat
Usaha dan doa jangan diabaikan
Hiburan tiada salahnya
Apa yang penting tidak langkau hadnya
Jangan melupakan pada yang berjasa
Mengenang budi bersopan bahasa
Sudah kurang terlihat buah rambai
Terasa tekak mahu makan
Santai-santai jangan meng"abai"
Kelak merana tidak tertahan
Google image
Re edit PC
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Pantun
Good sharing PC, selamat berhujung minggu..
BalasPadamTerima kasih Kak Sue😁
PadamMudah2n segala urusan dan kewajipan kita dapat dilaksanakan dengan sempurna.
BalasPadamWalaupun santai jangai terabai.
Amin..amin..amin..insyaAllah😁
Padamselamat hujung minggu =)
BalasPadam😁balas di hari Isnin..
Padamdekat sangat dah kita dengan Ramadhan kan. Alhamdulillah dha habis lunas puasa ganti semua hehehee
BalasPadamBetul😁...alhamdulillah dah lega.
Padampandai berpantun. akak suka ...
BalasPadam😁Terima kasih kak..
PadamDalam kesibukan melaksanakan aktivit harian, masa juga pantas berlalu pergi..
BalasPadamRisau, takut-takut tak sempat mengambil peluang / kesempatan yang diberi..
Perkongsian yg mebawa maksud peringatan yg mendalam buat kita semua. T kasih atas peringatan ini PC.
BalasPadamSemoga kehidupan kita sentiasa dalam rahmatNya
BalasPadamterima kasih akak atas perkongsian bermakna <3
BalasPadam