بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum WBT
BUKAN MUDAH | Tengok tajuk pun rasa berat.Dihati.Di fikiran.Betul tak.Walau kalau boleh semua kita mahukan yang mudah-mudah dan indah-indah,namun hakikat hidup eh...bukan begitu..kerana ada neraca yang akan menimbang.Dosa atau pahala yang memberat.Neraka atau lancar menuju ke syurga tatkala meniti di titian sirat kelak.*seram bila menyebut neraka..Allahu*
Bukan mudah.
Tawakkal.Sebutlah pada diri sendiri.Sebut jugalah pada orang lain.Biarpun sebutnya beribu kali tapi untuk diterjemahkan dalam tindakkan bukan mudah.Terkadang kita lebih mudah menyerahkan kepercayaan dan sandaran pada manusia berbanding Allah SWT.Sedangkan dengan 1001 keterbatasan manusia kita boleh dikhianati dan disakiti namun rasa berserah itu juga tetap tebal.Tidak mengapa,saling mempercayai,jujur itu perlu dan tidak salah pun,nak lebih sweet nangka madu...sama-sama tawakkal pada-NYA.
Redha.Terima seadanya.Yang lepas biarkan..yang terjadi lupakan.Mudah cakap redha itu memaafkan dan melupakan.Tidak lagi mengungkit akan satu-satu perkara yang terjadi.Bukan mudah,lagi-lagi bila ada yang sengaja cuba mencuit dan mencubit.Redha perlu dipelajari.Diingatkan sentiasa pada diri.Tidak boleh hari ini cakap terus akal dan hati teracuan begitu.Perlahan-lahan.Ambil masa.Redha ini seperti sabar..sakit dan perit namun hikmahnya membuahkan kemanisan luar biasa.
Buah durian dari kampung .. alhamdulillah biar besarnya ada yang sekadar segenggam penumbuk .. namun isinya membahagiakan😍
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
SEDAPNYA DURIAN KAMPUNG MKN DGN PULUT BERSNTAN BRBUKA PUASA NNTI
BalasPadamBetul kak PI...setuju...😊
Padamsedapnya dapat buat pulut durian. hahaha terliur macam-macam nak makan.
BalasPadamkan...setuju...nikmat luar biasa😁
Padamsedapnya durian
BalasPadambusyra tak makan durian. hehe. tp mak ayah hantu durian.
BalasPadam