Mencukupkan Rasa ...

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


MENCUKUPKAN RASA | Rasa pada makanan yang dimasak kemudian dihidang sangat memainkan peranan.Termasuklah persembahannya.Bukan lah makanan tu menari,menyanyi atau bergurindam..hehe.Tapi pertama yang menentukan kualiti makanan adalah rasa selain halal dan sucinyalah bagi kita umat Islam.Maklum,setiap suapan pelaburan membentuk darah daging.

Mencukupkan rasa.

Bukan sekadar dalam masakkan..makanan atau minuman rasa dititikberatkan.Waima dalam adik beradik pun perangai masing-masing mencukupkan rasa.Lain-lain perangai lagi meriah sebenarnya.Ada kaki sokong .. ada tukang bantah .. tak kurang suka menyakat.Paling teraniaya yang kuat merajuk,lagilah kena sakat bertubi-tubi.Namun hati tetap satu dan sentiasa bersatu dalam susah.

Bersatu hati dalam susah itu bukan hal mudah.Seperti mencantum kaca yang hancur terhempas ke lantai.Saat senang,ketika gembira tak usah dibahas..yang tidak tahu hujung pangkal pun mengaku saudara bau-bau ketiak masam😅..tiba-tiba sangat😜

Ramadhan dan solat sunat tarawih sangat sinonim.Anak kecil pun sedia maklum.Bersahur awal pagi.Berbuka bila azan maghrib berkumandang.Bazar atau pasar ramadhan.Sangat dimaklumi.

Dan .. dannnn .. bunyi meriam serta mercun pun sudah mula kedengaran.Hehehe.Pra syawal.Awal ramadhan juga menjadi pra syawal sebenarnya.Meriah.Moga meningkatkan semangat untuk lebih khusyuk dan istiqhamah beribadah la ya.

Mencukupkan Rasa ...
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi.





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. ISYAA ALLAH SAMA2 KITA MNCARI REDA ILAHI MNGCUKUPKN SEMUA KEKURANGN RASA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aaminnn...aminnn..aaminnn.Moga Allah redha😊

      Padam
  2. Betul tu PC,bukan makanan ja.. Amal dan akhlak kita pun kena cukupkan rasa kan..

    BalasPadam
  3. betul tu sis, di bulan mulia ni, banyak benda di uji bukan hanya tahan lapar dan dahaga, tahan semuanya. hingga habis waktu berbuka.

    lepas berbuka kita berterawih bersama ramai-ramai disamping eratkan hubungan. indahnya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.kena jaga segenap sudut...moga bulan ini nanti dapat mendidik kita dihujungnya...amin😊

      Padam
  4. insyaAllah.. segalanya bermula dri dlm diri kita sendiri dahulu.. semoga kita dapat seimbangkan dan istiqomah dlm setiap amalan yang cuba di amalkan.. ramadhan mubarak dear.. :)

    BalasPadam
  5. Selamat berpuasa dan menjalani ibadah2 yang berkaitan.

    BalasPadam
  6. semoga kita terus istiqamah... amin...

    BalasPadam
  7. Tak kira adik beradik,suami isteri pon sama kena secukup rasa. Mana yang kurang kita betulkan. Semoga bulan mulia ni akan bertambah keberkatan.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama