بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum WBT
TIDAK SUSAH SEBENARNYA .. | Allah melihat dan mendengar setiap lintasan di hati kita.Walau kita tak cakap pun dengan sesiapa.Cuma diri kita je yang tahu.Tapi manalah boleh kita sembunyi daripada Allah kan...pengetahuan Allah itu TERSANGAT luas.
Sumber Image : Google
Tidak susah sebenarnya.
Buat baik.Buatlah kebaikkan.Tak perlu diwar-warkan.Allah tahu.Malaikat mencatat tanpa terlepas satu pun.Sangat siaga.Sangat jujur.Paling penting jangan separuh jalan.Teruskan.Cari sokongan.Minta doa-doa dari yang sewajarnya.InsyaAllah dipermudahkan nanti.Lancar juga.Aamin.
Belajar memahami.Diri sendiri.Diri orang lain juga.Sekeliling yang hampir.Sekeliling yang memerlukan pengertian kita juga.Tapi hadkan.Jangan sampai jadi mat atau minah kepoh.Jangan sampai ukur berapa jengkal koyaknya kain orang.Berpada-padalah.Jangan sampai mahu memahami tapi orang rasa tidak selesa pula.
Mantapkan niat.Merangka niat mudah.Bagi PC lah..memang mudah.Tapi nak bangun dan realisasikan niat itu yang susah.Bagaimana cara yang boleh dilakukan supaya niat tidak terkubur dan dapat diterjemahkan dengan tindakkan...bina kelompok atau cari sandaran yang seiring dan sama langkah dengan kita.Suami,isteri,ibu bapa,adik beradik..yang boleh sokong dan rajin ingatkan.
#sama-sama mencari redha Ilahi
Dalam menjalani kehidupan ini yang sukar adalah istiqhamah dalam kebaikkan. -Perdu CINTA-
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai
setuju.. selamat berpuasa
BalasPadamterima kasih ya😁
PadamSangat setuju. Bila kita nak buat kebaikan tak perlu pukul csnsg. Allah tahu setiap noat kits baik atau pun jahat
BalasPadamKan...cuba elakkan fikir "aku tunjuk untuk memotivasikan" .. bahaya takut terselit rasa yang tidak baik dihati..😁
PadamNiat walau sebesar zarah pun Allah dah tau. Tak boleh nak sembunyi mana pun. Bila dah niat kena lah laksanakan. Kadang berat tp kena usahakan.
BalasPadamBetul kak Ana..niat macam rangka bangunan...sikit2 asal berterusan nanti tersergam indah😁
PadamApa jua tindakan dan perilaku kita semua bergantung kepada niat dalam hati kita. Jadi tak perlulah kita war-warkan yang kita ni baik atau sebaliknya.. Niat yang baik InsyaALlah ramai yang akan lihat segala kebaikan yang kita pernah lakukan...
BalasPadamyg tak susah tu la yg sukar, PC.
BalasPadamcth nyer, istiqomah... toma'nina dlm solat, tu susah walaupun mudah.