Undanglah Aura-aura Positif

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


UNDANGLAH AURA-AURA POSITIF | Masuk kilang minyak wangi,bila keluar insyaAllah haruman wangian itu dapat dihidu kerana melekat dipakaian kita.Bila masuk kilang arang,tidak banyak..walau sedikit terpalit juga warna hitam arang yang pekat.Begitulah kehidupan kita betapa banyak hal dan sekeliling boleh mempengaruhi.

Undanglah aura-aura positif.

Bukan mudah.Tidak semudah bercakap mengikut suka atau wajaran  hati dan logik akal.Ada masa tertentu kita bertekad untuk sangat-sangat positif.Namun mentah-mentah ditolak tanpa berpaling untuk menilai kembali.Ada masa kita pula hanyut dan larut dengan cara dan rentak sendiri sehinggakan ada yang sudi menasihati dan membimbing diri.Allahu.

Muhasabah diri.Kita lahir dengan cukup bersih.Sangat harum.Umpama kapas.Ibarat selembar kain putih.SubhanAllah.Kemudian dicorakkan.Justeru tidak ada salahnya untuk kita kembali menjadi lebih putih,lebih jernih biarpun telah terlakar dan diwarnai.Kehidupan insyaAllah lebih berseri dan diberkati Ilahi.

Mintalah sentiasa dengan DIA agar sentiasa menghadirkan aura-aura positif.Andai tidak kita mencari,kita dicari.Moga menjadi sinar dikehidupan tanpa ada laluan berpatah balik.


Undanglah Aura-aura Positif

#sama-sama mencari redha Ilahi



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. In shaa Allah PC, aura positif wajar diterapkan dalam diri setiap insan..

    BalasPadam
  2. Aura positif harus di cari dan diterap dalam diri untuk terus berjaya dalam kehidupan. Banyak cara nak positif kan PC. Hatta dengar lirik lagu pun boleh. Tu bagi kak ana lah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...sekarang ni kak banyak cara cuma terpulang pada diri nak atau sebaliknya😊

      Padam
  3. insyaAllah sis, selalu terapkan nilai positif walaupun kekadang tergelintir jugak. insyaAllah insyaAllah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Perlahan-lahan insyaAllah boleh...aamin😊

      Padam
  4. Mudah2an aura2 positif sentiasa terpancar dalam diri kita.

    BalasPadam
  5. Yes, kita kena mengundangnya... semoga terus positif....ke arah yang baik

    BalasPadam
  6. Betul tu PC, semoga kita semua terus kekalkan aura positif di sekeliling kita kan..

    BalasPadam
  7. In shaa Allah.. moga beroleh aura positif yg membawa kebaikan di dunia dan akhirat.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama