Bila Kata Sayang ..

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

BILA KATA SAYANG ..

Anak.
Bila kata sayang.
Apa pun rupa.
Apa pun bentuk.
Apa pun keadaan.
Terima dan sayang ibu bapamu.
Jangan pernah putus mendoakan.
Jangan pernah malas bertanya khabar.
Jangan cuba-cuba menongkah arus.
Nanti sahamnya mengalir terus.
Biar saham yang mendamaikan.
Tidak usah saham yang menyesakkan.
Di semasa hidup.
Di semasa setelah kematiannya.
Jaga dan berjaga-jaga.


Merpati sejoli.
Cukup diaplikasi setelah menjadi yang sah nanti.
Tunggulah diri menjadi yang halal untuk didakapi.
Bukan sayang semua mesti dituruti.
Bukan sayang menyerah untuk diratah.
Bukan sayang untuk meranap maruah.
Bukan sayang yang hujungnya dibalut amarah.
Bila kata sayang.
Sama-sama pelihara.
Sama-sama saling beramaran.
Andai syariat cuba dipinggirkan.
Tinggalkan.
Nanti Tuhan gantikan kemudian.


Bila kata sayang.
Jangan cuma dibibir.
Jangan sekadar enak didengar.
Jangan.
Sayang Tuhan.
Sayang Rasul-Nya.
Lunaskan.
Tunjukkan.
Jangan permainkan.
Jangan ringankan.
Bila mula kau abaikan.
Takut nanti DIA meninggalkan.
Di mana.Ke mana.
Mahu menagih simpati pertolongan.

BILA KATA SAYANG ..
Google Image

#sama-sama mencari redha Ilahi

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul. kena tunjuk. tp tk smestinya in one way.

    BalasPadam
  2. hidup biar sentiasa berkasih sayang.

    BalasPadam
  3. Good sharing PC.. hidup kena berkasih sayang, tapi dengan cara yang betul la kan..

    BalasPadam
  4. Salah satu cara utk zahirkan rasa sayang adalah dengan mendoakan mereka setiap lepas solat. Mudah-mudahan mereka juga doa yang sama untuk kita.

    BalasPadam
  5. Demi sebuah hubungan yang kekal sepanjang hayat, jagalah ia sebaiknya.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama