بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum WBT
LETUSAN-LETUSAN DI AIDILFITRI | Masih di suasana hari raya.Suasana yang berbeza.1438H .. sekarang 1439H ..panjang umur 1440H.Ya memanglah tak samakan.Ada yang masih berpuasa enam.Selamat berpuasa.Ada yang mengadakan rumah terbuka,alhamdulillah kesudian berkongsi rezeki.Mercun dan meriam pun masih kedengaran di sana sini.
Letusan-letusan di aidilfitri.
Letusan-letusan di aidilfitri.
Pening bab men"DOBI" pakaian.Tuan rumah mungkin tidak bermasalah namun bagi sanak saudara,anak-anak,menantu dan cucu nah...pening nak mencuci pakaian.Bukan tidak boleh membasuh dirumah,namun dengan kuantiti pakaian yang banyak dan kuantiti pakaian yang dibawa pula hanya ngam-ngam..tiada lain selain mencuci pakaian di dobi berhampiran.Kaedahnya siap basuh boleh iron dan pakai semula.Kekangan masa juga menjadi asbab untuk memilih membasuh pakaian di kedai dobi.Masalahnya sanggupkan beratur dengan sabar.Pilihan pada diri sendiri.
Tetamu lupa tengok jam.Setahun sekali.Sebulan.Puasa sebulan.Eh,raya pun sebulankan.Gitu sifirnya.Berbanding hari-hari biasa,hari raya ni terkadang masa itu bukan lagi satu yang dijaga.Walhal penjagaan masa itu ada kaitannya dengan adab menziarah.Tuan rumah tidak marah pun,suka lagi ada.Tetamu sudi datang itu rezeki..nikmat luar biasa .. tapi kita sendiri yang bertandang mesti beringat-ingatlah.Kesian tuan dan puan rumah.
Ledakkan bahang politik negara.Rata-rata tua,muda,dewasa dan dari kelompok mana pun baik yang tinggal di bandar mahupun desa..topik politik sentiasa menjadi bualan utamanya.Masing-masing melampiaskan rasa dijiwa.Ada yang suka.Ada yang duka.Ada yang sekadar mengusik berjenaka dan ada yang terusik hingga mengeluarkan air mata.Masing-masing menjadi peguam bela dan peguam cara dengan fakta dan auta yang cukup tepat ke sasaran.Bak kata tetamu yang datang "Tahun ini tahun ada yang gembira ada yang terkujat kesedihan".Hee hee hee.Macam-macam gelagat.Puas berdebat .. hujungnya bersalaman,bermaafan,berpelukkan dan bergurau senda seperti tiada apa yang berlaku 10 minit lepas.Baguslah.
#sama-sama mencari redha Ilahi
Letusan Gunung Toba
Sumber : Google Image
..apabila pendapat mula meletus tidak mustahil impaknya melebihi letusan gunung berapi..malah lebih parah andai tidak dikawal dan terkawal..
#sama-sama mencari redha Ilahi
Tags:
Santai Peribadi
letusan kecil, ta dikawal takut jadi besar pulak. Selamat hari raya PC, maaf zahir batin
BalasPadamKena kawal dengan kadar segera.
PadamSelamat hari ry maaf zahir batin kembali Sal.
Pusat mencuci pakaian antara tempat crowded semasa cuti perayaan..
BalasPadamBila semua berkumpul sempena Hari Raya, memang macam-macam gelagat PC..
Sis pula suka memerhati, hehehe
Betul kak...full..nak beratur tak larat..PC biasa basuh kat rumah bba mma..samalah PC perhati je..orang ketawa PC ikut ketawa..
PadamSelamat hari raya aidilfitri PC..
BalasPadamBalik kampung saya suka juga ke dobi, tak suka mengganggu orang lain, pergi sebelah malam sikit tak ada orang...siap keringkan senang semua pihak...
Berkunjung ke rumah orang perlu jaga adab masa, tapi biasalah kadang lama tak jumpa banyak yang nak dibualkan...
Selamat hr raya aidilfitri kembali Arzmoha.
PadamPC kalau balik rumah bba mma memang basuh kat rumah..lagi senang ht dan selesa..
Hehe...sembang sedara mara..
Selamat Hari Raya Aidilfitri PC..Maaf Zahir dan Batin
BalasPadamselamat hari raya PC,setiap kali raya,lobi layan diri memang selalu ziarah...lagi pulak musim hujan tak menentu.Disebabbkan adik beradik ramai yang paling,kena cari dobi lah.
BalasPadambetul...cepat mudah dan boleh pakai semula pakaiannya...raya ni alhamdulillah banyak hujan..rezeki..
PadamWalaupun datang beraya cerita kisah politik memang masih hangat sehangat juadah mi kari yang dihidangkan hehehee...
BalasPadamBetul la kak...hujan pun terasa berbahang...macam-macam gelagat...kadang lucu juga.
Padampolitik tak boleh dipisahkan dpd mulut yg suka berkata2kan. selamat hari raya PC :d
BalasPadambetul..selamat hari raya Azah..
Padamwow letusan gunung berapi tuuu! ledakan yang besar tuu hehhee. selamat hari raya Aidilfitri kak PC! Maaf zahir batinn. nak duit raya hehe
BalasPadamSelamat hari raya aidilfitri Sayidah..maaf zahir batin..nah singgit.. :)
Padamselamat hari raya PC. bab politik kalau kena dengan caranya tkpe, tp kalau letak emo, bye bye lerr
BalasPadam