Aduh! Sakitnya Lebih

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


ADUH! SAKITNYA LEBIH | Sebut sakit .. tak ada siapa pun yang nak.Justeru sihat itu nikmat yang mesti dihargai sebaik-baiknya.Namun tiada siapa mampu untuk menidakkan kuasa-Nya jika Allah mahu menfuji hamba-hambaNya dengan penyakit dan kesakitan.Moga ianya asbab ringankan juga menggugurkan dosa-dosa kecil kita.SubhanaAllah.

Aduh! Sakitnya Lebih.

Aduh! Sakitnya Lebih.

Sindiran rambang.Seperti tembakkan yang dilepaskan secara melulu maka pelurunya juga secara rambang mengena pada sasaran.Kesakitan dan merana kesan cedera itu lebih parah ditanggung sepanjang hayat berbanding tembakkan itu terus tepat diacu pada sasaran.Jika pejuang dijalan Allah..kerana Allah maka  harum syahidnya semerbak hingga ke syurga.Begitu jugalah halnya sindiran rambang.Terasa biasnya kalau hujan dan teriknya kalau panas.Dengar panas telinga.Terbuku dihati.Adalah lebih baik menegur dengan hikmah dan berilmu bukan mengaibkan serta mengeruhkan situasi.

Siapa makan cili rasa pedas .. siapa makan nangka kena getah.Betul sangat-sangat la tu .. namun andai sindiran rambang tidak dinoktahkan .. ianya akan menyuburkan rasa syakwasangka yang bakal membinasa.Bukankah merugikan.

Mengejut atau kejutan.Tidak bagi suatu yang indah-indah atau hal menggembirakan.Namun untuk hal yang menyedihkan mendengar,melalui dan menjalani suatu yang mengejutkan itu seperti mimpi ngeri dan tidak mahu diulang lagi.Hidup ini kita jalani seperti yang kita inginkan.Merencana begitu begini.Mahu itu mahu ini..berharap begitu juga begini.Tetapi apa yang Allah SWT acuankan sebaliknya.

Penipuan atau didustai.Mendengar kejujuran itu sakit dan sukar untuk diterima.Tetapi menghadapi penipuan atau didustai itu sakitnya lebih..eh,sebenarnya lebih-lebih lagi.Jujur dan dusta,kedua-duanya sangat mudah dilakukan sebenarnya.Cuma caranya,masanya dan keadaannya mempengaruhi kedua-duanya.Tidak semestinya dengan kata-kata..perbuatan juga boleh didustai.Hentikanlah.

Dua darjat.Dah macam cerita Tan Sri P Ramli la pula ya.Masih ada lagikan kisah seperti ini di zaman sekarang.Tidak mustahil malah lebih pelbagai alasannya.Ada! cuma kisahnya lebih moden.Dalam keluarga baik besar atau kecil keluarga itu..krisis tetap ada..cuma apa puncanya dan bagaimana cara atasinya itu masing-masing punya pilihan dan caranya.Ibu bapa dan anak-anak manusia biasa.Justeru harus saling menerima apa adanya .

#sama-sama mencari redha Ilahi.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Menegur dengan cara sindiran hanya menambahkan sakit hati, dan benci. Belum tentu orang tu berubah. Tegur dengan hikmah, insyaAllah lama lama, hati akan tersentuh

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Rasanya makin orang benci dan susah nak terbuka hati kan bila sindiran ni...

      Padam
  2. menegur biarlah dengan berhikmah bukan dengan sindiran kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat.Sedap di dengar.Fikiran pun lapang.Tak langsung lembut hati.

      Padam
  3. Memang sakit ketika diuji, tetapi manis setelah faham hikmahnya

    begitu juga penipuan dan didustai, pedih berbanding jujur

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan..hikmah itu Allah rahsiakan sebagai hadiah setelah iman diuji.

      Padam
  4. sebab itu bila kita brcakap atau menegur seseorang kita perlu ada cara yg betul. takut nnti kata-kata kita akan mneyakiti perasaan orang lain. nice sharing akak. <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tepat.Jangan main cakap tanpa ada sempadannya..bahayakan.Yang cakap seronok,yang dengar monyok.

      Padam
  5. memang sakit bila tahu kebenaran tapi lagi sakit kalau hidup dalam penipuan

    BalasPadam
  6. nak menegur dengan berhikmah tu yang susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. sangat susah kerana penerimaan manusia berbeza-beza.

      Padam
  7. paling tak suka bila org tipu. lagi2 org tipu dan kita tahu tu ada penipuan, dan cuba nak selindung lagi.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kan...lepas tu pura-pura macam tak ada apa2..tak nak minta maaf...

      Padam
  8. Cuba bersangka baik dengan orang tapi kalau selalu sindir dengan kata-kata peda, mau meletup jugak rasanya nanti..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama