Eh Raya Ada Lagi

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

EH RAYA ADA LAGI

Minggu hujung aidilfiri
Tetap meriah sana sini
Makan jangan sampai lupa diri
Hujung-hujung menyesal sendiri

Hujung minggu menjadi pilihan
Rumah terbuka sini sana
Pelbagai juadah disediakan
Sila makan yang mana suka

Lemang dibakar dipinggir jalan
Baunya harum menarik hati
Beli sebatang melepas kempunan
Ada rezeki boleh beli lagi

Kunjung mengunjungi meriah suasana
Ibu ayah anak dan jiran
Aidilfitri dirai bersama-sama
Tidak kira agama bangsa dan keturunan

Sejenis dua kuih masih berbaki
Datang beraya sambil menziarah
Eh raya ada lagi
Hal mudah jangan dibuat susah

Satu dua tiga empat
A  B C D E F
Jangan merasa tidak sempat
Sepanjang masa boleh  minta maaf

 EH RAYA ADA LAGI

#sama-sama mencari redha Ilahi


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

13 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sungguh hebat jika seseorang tidak memendam dendam dan saling maaf memaafi sesama kita...

    BalasPadam
  2. masih mood beraya ramai2 orang ni atas jalan raya. eeh macam irama x ?
    semalam naik ke utara pi SP aiyoo jalan sesak jugak. depa pi open house ni. apa2 pun hati2 memandu dan selamat hari raya =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. biasanya raya lebih dari puasa...raya sampai hr ke 40...kikikiki....siap bersambung raya haji..meriah..bersilaturahim..

      Padam
  3. Masih mood Syawal PC... apa khabar? lama tak kesini...moga sihat sentiasa:)
    Salam Syawal 1439H ya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kak Atie...alhamdulillah sht.Salam syawal kembali kak..

      Padam
  4. betul,masih mood raya..banyak open house =)

    BalasPadam
  5. memang masih mood raya sekarang ni kan

    BalasPadam
  6. Betul tu, kat taman perumahan Kak Sue kalau hujung minggu penuh orang buat open house..

    BalasPadam
  7. Selamat Hari Raya PC, masih sempat lagi kan nak ucap hehe

    BalasPadam
  8. masih mood syawal.. smoga akak dan ahli keluarga sntiasa sihat hendakNYA. amin ya Rabb.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama