Jom D A N G D U T

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum 


JOM D A N G D U T | Hiburan,sangat digemari dan sentiasa diusahakan untuk dinikmati.Hiburan ni ada banyak jenisnya.Tidak semestinya tumpu pada nyanyian atau lakonan.Lain orang lain jenis hiburan yang dipilih dan dijadikan kelaziman.Membela ikan,menanam pokok-pokok,memasak,menjahit,membaca,melancong..itu juga antara jenis hiburan yang tidak kurang menjadi pilihan.Selagi ianya memberi rasa yang positif teruskanlah.Bagi PC dalam kita berhibur atau mencari hiburan untuk diri sendiri..jangan lupa orang lain juga.Sama-sama berhibur dan terhibur..apalagi..JOM D A N G D U T : Doakanlah Agar segala Niat baik Geng semuanya Di terima dan di Utamakan Tuhan.

Jom  D A N G D U T

Jom  D A N G D U T

Hadiah tidak semestinya yang mahal-mahal kerana yang penting ianya dihargai dan memberi makna pada penerimanya.Semua orang ada niat nak beri hadiah,tapi tak semua orang ada kemampuan yang sama.Justeru kenapa PC cakap tidak perlu yang mahal-mahal..tapi kalau ada rezeki,mampu...mengapa tidak dan tiada salahnya pun untuk memberi yang agak mahal atau mahal-mahal.Berilah Kerana Allah.Silakan.

Kalau tak mahu orang bercerita tentang buruknya kita,jangan dibuka aibnya orang.Begitulah sifirnya.Aib kita pun Allah tolong tutupkan.Allah tolong selindungkan.Jadi,jaga-jagalah.Begitu jugalah kalau nak orang doakan kita..kita doakan orang dulu.Doa kita pada orang rahsiakan.Jangan beritahu.Biar malaikat dan Allah SWT sahaja yang tahu ya.Dah tu macam mana orang nak doakan kita semula.Allah itu Maha Adil,Maha Bijaksana kan...mengetahui semuanya..biar DIA yang mengaturnya.

Secara peribadi,bagi PC doa-doa yang baik itu juga hadiah..hadiah bukan sahaja kepada orang lain,tetapi juga hadiah kepada diri kita sendiri..dalam banyak-banyak doa kita atau sesiapa sahaja..kita tidak tahu pun yang mana Allah terima dan makbulkan...oleh itu...JOM  D A N G D U T sungguh-sungguh..

Sekian
Tinta Perdu Cinta ❤ 
Jom D A N G D U T




PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ingatkan PC ajak berjoget tadi.
    mendoakan yang baik2 juga dianggap sedekah dan hadiah kita kepada yang didoakan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. PC kalau joget risau juga Pakcik WP...hehehehe...
      Betul...doakanlah seikhlasnya moga doa yang baik itu datang kepada kita juga.

      Padam
  2. Mula-mula ingatkan lagu dangdut tapi bila baca sampai habis..
    Doakanlah Agar segala Niat baik Geng semuanya Di terima dan di Utamakan Tuhan. Aamiin..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Dangdut istimewa ni..hikhikhik....moga yang baik2 kita dapat...jom DANGDUT..

      Padam
  3. Ingat PC minat lagu dangdut tadi. Hehe.

    Sekecil mana pemberian orang pada kita, kita kena terima dengan penuh kesyukuran. Alhamdulillah masih ada yg menghargai kita kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...sesekali dengar ok kak...kalau terdengar..
      Betul kak...doa tak nampak tapi itulah senjata kita..

      Padam
  4. setuju. kita doakan yang baik2 saja walau apa pun yang terjadi. tertindas atau dianiaya sekalipun doakan yang baik. jangan sesekali doakan yang buruk takut doa melantun balik ke kita. kalau ada balasan sekalipun biar itu Allah yang uruskan =)

    BalasPadam
  5. Betul tu hadiah tak semestinya yang mahal, yang penting kita sebagai penerima kena menghargai tiap pemberian @ kebaikan orang pada kita

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama