Kerasnya Hati

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

KERASNYA HATI

Dari hanya sebuku darah. 
Merah.Banyak rasa.
Bicaranya sepi.Tapi ada.Sentiasa ada.
Cantik terletak dalam jasad.
Bicaranya didengari telinga sendiri.
Dipendengaran Tuhan juga yang menciptakan.
Tipu.Dimulut manusia.
Itu mustahil pada-NYA.


Kesabaran.Kemarahan.
Kesantunan.Keegoan.
Semua sarangnya di hati.
Dari hati.
Acuan perasaan.Membentuk emosi.
Berperinsip itu perlu.Mesti.
Benteng.Tapi jangan salah.


Kerasnya hati.
Hitam.Maka hitamlah.
Putih.Maka putihlah.
Tiada tawar menawar.
Tiada sembang secangkir kopi.
Tiada sesuap nasi lemak bersambal paru dan hati.


Diskusi tidak pernah merugi.
Tidak juga merendahkan martabat diri.
Di zaman Baginda SAW sendiri.
Syahadah dihujung pedang ada terjadi.
Mengapa tidak kita pandang.
Mengapa tidak ambil peluang.


Pintu taubat sentiasa terbuka.
Tidak mampukan mencairkan hati kita.
Kerasnya hati.
Kerana apa sebenarnya.
Selidiki.

Kerasnya Hati

#sama-sama mencari redha Ilahi



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. semoga hati kita sentiasa dipeliharaNya..

    BalasPadam
  2. Semoga dipermudahkan segala urusan kita sama ada duniawi dan ukhrawi. Aamiin...

    BalasPadam
  3. Semoga hati kita semua dalam keadaan bersih :)

    BalasPadam
  4. Walau apa pun keadaan hopefully hati saya selalu ingat Allah.... sebab hati ni mmg keras kan

    BalasPadam
  5. Semoga kita semua sentiasa dilembutkan hati terutama utk menerima segala kebaikan dan rahmat Illahi.. aamiin ya Rabb.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama