BAWA-BAWALAH BERTENANG DAN SABAR
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
BAWA-BAWALAH BERTENANG DAN SABAR | Api yang sedang marak membakar sangat sukar untuk memadamnya.Merah apinya menjulang..bahang auranya..hitam pekat asapnya.Boleh bayangkan jika ianya suatu terjemahan emosi yang sarat dengan kemarahan.Di ketika itu kita bukan kita.Hanya jasadnya kita tapi semuanya seakan disewa selain kita.SubhanaAllah.Di saat diri dikuasai rasa marah moga Allah SWT lindungi kita..jaga lisan dan tingkah kita..agar tiada campurtangan lainnya.
Bawa-bawalah bertenang dan sabar.
Tenang boleh dilatih.Boleh diusahakan.Yang penting minta dengan DIA agar sentiasa beri rasa tenang pada diri kita.Ada juga tenang alami.Ya,dilahirkan menjadi setenang-tenang insan..masyaAllah.Mendidik diri menjadi tenang dan sabar satu tugas berat.Besar cabarannya.Silap-silap misi gagal dengan sangat mudah.Senang suruh bertenang..senang juga suruh sentiasa sabar..ya,sangat senang.Pasti ada yang mempertikai bila dinasihati agar bertenang dan sabar..jangan terkejut kalau yang menasihati kena marah secara berjamaah..
"Suruh orang sabar!..suruh orang bertenang!..heiiii cakap senanglah!!!!😡😲"... 👉ginilah yang lazim didengari..aduh.
"Suruh orang sabar!..suruh orang bertenang!..heiiii cakap senanglah!!!!😡😲"... 👉ginilah yang lazim didengari..aduh.
Kalaulah kita tahu sebenarnya ..
Katakanlah (wahai Muhammad, akan firmanKu ini, kepada orang-orang yang berakal sempurna itu): "Wahai hamba-hambaKu yang beriman! Bertaqwalah kepada Tuhan kamu. (Ingatlah) orang-orang yang berbuat baik di dunia ini akan beroleh kebaikan (yang sebenar di akhirat). dan (ingatlah) bumi Allah ini luas (untuk berhijrah sekiranya kamu ditindas). Sesungguhnya orang-orang yang bersabarlah sahaja yang akan disempurnakan pahala mereka dengan tidak terkira". (Surah Az Zumar : Ayat 10)
Dan ..
Sabarkah kita .. daripada rasa sabar itu terbit pula ketenangan .. sabar dan tenang moga menjadi pemacu menuju kehidupan yang damai di sana.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Bak kata pepatah.. sabar itu indah kan PC.. tapi Kak Sue pun tak ada lah sabar sangat.. huhuhu..
BalasPadamkalau tgh marah gi ambik wuduk n solat..
BalasPadamMudah2an kita tergolong dalam kalangan orang2 yang sabar
BalasPadamSabar itu permulaan nya pahit, tapi manis di akhirnya
BalasPadamSemoga kita semua sentiasa tergolong dikalangan org2 yg sabar. Besar hikmahnya bagi mereka2 yg sabar, in shaa Allah.
BalasPadamtulaaa tapi kadang2 terlepas kawalan diri jadinya tersembur jugak marah tu T.T
BalasPadam