MULUT DAN HATI BIAR SETARA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum WBT
MULUT DAN HATI BIAR SETARA | Hanya dua.Setara atau saling bercanggah.Ya,bila berlisan dengan sesama insan kerana dengan insan dan makhluk kita boleh bohongi TETAP TIDAK dengan TUHAN.Ya,TIDAK dengan para Malaikat.Dan tidak juga dengan diri sendiri yang hujungnya bakal bertindak balas dengan cara memberontak atau mengakibatkan tekanan.
Mulut dan hati biar setara.
Hati boleh dididik.Lisan juga boleh diajar.Bererti ianya boleh disetarakan dengan baik jika kena dengan caranya.InsyaAllah.Namun hakikatnya .. pada sesetengah keadaan ada ketikanya mulut dan hati menjadi tidak setara.Boleh jadi ianya terpaksa dilakukan.Boleh jadi juga ianya untuk memelihara kesejahteraan bersama.Bergantung pada situasi bagaimana diketika itu mengikut keperluannya.
Penting sebenarnya mulut dan hati biar setara.Bagi Perdu Cinta ianya sangat penting supaya diri sentiasa berada di zon ketenangan.Sentiasa positif.Berlapang dada,santai dan tenang fikiran.Sekiranya membuat keputusan pun,ianya satu keputusan yang disertai dengan rasa redha bukan disulami dengan rasa tidak berpuas hati.
Mulut dan hati biar setara agar jasad tidak menjadi mangsa.Supaya orang juga tidak terpalit sama menjadi mangsa.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
apa yg ada dalam hati akn dikeluarkan dengan sikap dan kata-kata. dalaman baik insyallah cakap yg baik2 saya. perkongsian yg padat dan utk prgtn dri saya juga..:)
BalasPadamhttps://www.ohlawa.com/tips/sunblock-terbaik-di-watson/
Kata2 dan tingkah menjadi warna dan bayangan hati...
PadamMulut dan hati biar setara. Wow mmg tagline yg padu
BalasPadamhttps://www.celikvitamin.com/blog/rawatan-efektif-untuk-penyakit-hati-berlemak-atau-fatty-liver/
Allahu..😄
PadamIbarat cakap tak serupa bikin.. sesetengah org, nampak apa yg dijanji tak dilaksanakan sebaiknya. Ada pula yg jelas percakapannya tp dalam hati berbeza perasannya, wallahualam. Semoga kita semua sentiasa ikhlas dlm percakapan mahu pun hati dan perlakuan.. aamiin.
BalasPadamsemoga hati dan lisan sentiasa terpelihara.. amin..
BalasPadam