Berbicaranya Makhluk

BERBICARANYA  MAKHLUK
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BERBICARANYA MAKHLUK | Setiap hari kita berbicara.Yang baik,yang buruk..berbicara yang bermanfaat atau sia-sia.Menggunakan kata-kata sopan serta tertib atau kasar dan kesat.Baik berbicara secara langsung atau pun sekadar bermonolog sendiri di dalam hati..bicara tetap bicara.Tetap ada ganjaran dan catatan baik buruknya.

Satu hal yang jangan pernah diabaikan dan diambil mudah adalah berbicara (du'a) dengan Allah SWT.Sentiasa.Tidak mengapa andai apa yang dibicarakan hal yang sama berulang-ulang kali..jangan jemu kerana Allah SWT TIDAK PERNAH BOSAN mendengar.Aamin.

Berbicaranya makhluk.

Sekalian isi dan penghuni baik di langit dan di bumi berbicara dengan cara masing-masing.Mungkin satu sama lain tidak memahami tapi Allah SWT itu MAHA MENGETAHUI.

Berbuat baik dengan sesama makhluk.Andai tidak mahu menjaga dan merawat kebajikkannya,,jangan pula sampai  menzalimi mengikut suka.Kita sendiri tidak suka dan tidak mahu diseksa..begitu juga mereka makhluk-makhluk lainnya.

Nabi Sulaiman as salah seorang nabi yang Allah beri mukjizat mampu berbicara dan memahami bahasa haiwan.Allahu.Indahnya..seperti mana yang termaktub dalam Surah An Naml ayat 18 dan 19.Nabi Sulaiman as mendengar semut berbicara..

BERBICARANYA MAKHLUK

(Maralah angkatan itu) hingga apabila mereka sampai ke "Waadin-Naml", berkatalah seekor semut: "Wahai sekalian semut, masuklah ke sarang kamu masing-masing, jangan Sulaiman dan tenteranya memijak serta membinasakan kamu, sedang mereka tidak menyedari". (Surah An Naml : Ayat 18)

Maka tersenyumlah Nabi Sulaiman mendengar kata-kata semut itu, dan berdoa dengan berkata:" Wahai Tuhanku, ilhamkanlah daku supaya tetap bersyukur akan nikmatMu yang Engkau kurniakan kepadaku dan kepada ibu bapaku, dan supaya aku tetap mengerjakan amal soleh yang Engkau redai; dan masukkanlah daku - dengan limpah rahmatMu - dalam kumpulan hamba-hambaMu yang soleh".(Surah An Naml : Ayat 19)

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. salam sis, terima kasih perkongsian doanya, ikut bacaan saya, doa yang Nabi Sulaiman ungkapkan itu juga merupakan salah satu doa yang diajarkan kita amalkan sebagai cara kita bersyukur atas segala nikmat Allah yang dikurniakan kepada kita..wallahualam. Jemput singah blog baru saya di sini : https://ciksyamsi.blogspot.my

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama..aamin..moga bermanfaat..
      Terima kasih juga info ya..😊

      Padam
  2. pernah juga cakap dengan semut tapi tak berjaya :P

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hehehehe...kita tak saling memahami...
      Cakap jangan curi gula ya..😊

      Padam
  3. ayat tersebut adalah doa yang begitu indah sekali untuk diamalkan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...moga sentiasa bersyukur...Allahu..😊

      Padam
  4. Semoga kita sentiasa berigt utk bersyukur dari sekecil2 perkara ...Amin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Supaya nanti Allah tambah lagi nikmat yang lain..😊

      Padam
  5. berbicacara dgn tawaduk sebagai makhluk-Nya

    BalasPadam
  6. Kita sebagai hamba memang akan selalu berbicara dengan Allah kan. Tak kira berita baik atau tidak tetap mengadu dan memintak dikuatkan hati.. Kak Sue pernah juga cakap dengan semut.. hehehe..

    BalasPadam
  7. Doa Nabi Sulaiman itu bagus untuk diamalkan

    BalasPadam
  8. sentiasa positif dan jaga pertuturan kita selalu. insyaAllah

    BalasPadam
  9. Teringat kata2 arwah ustaz dulu.. syukurlah kita dilahirkan sebagai manusia di dunia ini dan bukan sebagai seekor semut. Tapi sayang, semut tahu bersyukur tapi manusia tak semuanya mahu bersyukur walaupun tahu dia seorang manusia, bukan semut.. dengar macam lawak, tapi tersirat nasihat yg terkesan pada saya hingga hari ini. Al Fatihah buat ustaz saya, dan terima kasih atas pengisian bermanfaat ini PC. Semoga Allah sentiasa memberkati.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama