CERITA SEMALAM
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
CERITA SEMALAM | Hidup satu perjuangan.Hari-hari yang dilalui penuh dengan kejutan.Sentiasa ada dugaan.Hakikatnya hidup juga penuh dengan pelbagai cerita.Di dunia bukan untuk bersenang lenang,tidak juga untuk menikmati mengikut suka kerana pilihan dan menghadkan mesti dilakukan.
Cerita semalam.
Cerita daripada kita atau daripada orang lain.Asal yang baik-baik panjangkan dan kenanglah agar kebaikkan itu berterusan.Andainya sebaliknya,jangan cuba-cuba untuk disebar dan diingat kerana binasanya luar biasa kelak.
Boleh diset.Cari yang baik-baik biarpun ditimbunan keburukkan..insyaAllah yang baik dan jernih akan terlihat..kalau sedari awal terpasaknya hal yang buruk..maka biar sejuta kebaikkan pun ada akan tetap terlihat buruk dan keruhnya sahaja.Terserah pada diri sendiri sebenarnya.
Selesai sudah akad bersemi
Uda dan dara menjadi suami isteri
Ini cerita semalam kami
Meghadiri majlis merai pasangan sejoli
Pelbagai menu terhidang rapi
Pilih sahaja mengikut citarasa
Terima kasih atas undangan ini
Moga mempelai sentiasa bahagia
#sama-sama mencari redha Allah swt
Tags:
Santai Peribadi
Assalamualaikum PC..
BalasPadamSetiap hari ada ujian dan dugaan cuma bagaimana kita terima kenyataan itu..
Dunia hanya persinggahan, akhirat juga kekal selamanya.
Semoga kita sama-sama dirahmati dan dilindungiNya selalu..
Waalaikummussalam Kak LZ..setuju..betul kak..kecil,besar atau berat dan ringan sahaja beza ujian kita satu sama lain kan kak...Allahu..
PadamKebiasannya yg buruk itu mudah terlihat walaupun bertimbun kebaikannya. Semoga Allah jua yg melindungi dan moga mati dan hati kita sentiasa diperlihatkan perkara kebaikan atas setiap situasi yg berlaku, in shaa Allah.
BalasPadamAamin...moga dipandangan kita dan dipandangan orang lain sentiasa melihat dan mencari hal-hal kebaikkan sahaja...demi menjaga aib satu sama lain.
Padam