Hujung-hujung Waktu

HUJUNG-HUJUNG WAKTU

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT

Keluar rumah bawa penyapu
Sapu sahaja mana yang perlu
Hari ini hari Sabtu
Isilah waktu sebaik yang mampu


Wajib tunai solat lima waktu
Sehari semalam mesti didahulu
Elak tunaikan hujung-hujung waktu
Tergesa-gesa nanti terganggu


Kadang terlewat lakukan sesuatu
Jangan tergesa-gesa jangan terburu-buru
Biar berada dihujung waktu
Baki yang tinggal jangan dibiar beku


Pungguk sentiasa sahaja merindu
Merindu bulan beribu batu
Usia tua jangan ditunggu
Selagi boleh beramal selalu


Puasa sunat Isnin dan Khamis
Cuba amalkan minum susu
Berbukalah dahulu dengan juadah yang manis
Bersahurlah dihujung-hujung waktu

Hujung-hujung Waktu

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

6 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

Terbaru Lebih lama