Sana Sini Kompang Di Hujung Minggu

SANA SINI KOMPANG DI HUJUNG MINGGU

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


SANA SINI KOMPANG DI HUJUNG MINGGU | Cuaca sekarang panas dan hujan berselang seli..bertukar ganti..alhamdulillah nikmat mana yang mahu kita dustakan.Allah lebih tahu ketika mana panas itu perlu dan bila pula perlu menurunkan hujan.Kita syukuri sahaja.

Sana sini kompang dihujung minggu.

Cuaca bukan halangan.Dulu hujung minggu cuti sekolah panjang  hujung tahun sering menjadi pilihan untuk mengadakan majlis pernikahan dan meraikan mempelai.Namun tidak sekarang.Hujung minggu digunakan untuk mengadakan majlis perkahwinan.Asal sahaja dapat mengumpul adik beradik,saudara mara jauh dekat juga sedikit jiran tetangga serta rakan taulan..itu cukup memadai.Hujankah..panaskah..majlis terus berlangsung.Tiada masalah.Alhamdulillah.

Mengikut peredaran zaman.Dulu kompang secara langsung.Pening ketua kompang susun jadual mahu memenuhi permintaan.Cari ahli yang sanggup turut serta..bayangkan kalau sehari dua buah rumah..letih juga mulut menyanyi..tangan pukul kompang.Tapi sekarang bukan tidak ada yang memilih kumpulan kompang..namun mungkin dek yurannya yang agak tinggi(ada yang berasakan ianya wajar dan sebaliknya)..maka tuan rumah memilih alunan kompang daripada rakaman bunyinya sahaja.

Undangan tetap undangan.Bermula dengan tuan rumah datang sebuah rumah ke sebuah rumah berjabat tangan menjemput....kemudian diganti dengan kad undangan yang pelbagai rekabentunya yang indah-indah..daripada yang tiada bau hinggalah yang harum semerbak..kemudian kini ada juga yang menggunakan sistem pesanan ringkas...WhatsApp..email dan menitip pesan untuk disampaikan.Ada yang berkenan dengan kaedah undangan melalui kemudahan teknologi kini..ada yang menolaknya juga.Bagi PC..cara mana pun yang dipilih dan digunakan..undangan tetap undangan.Penuhilah sekiranya tidak berhalangan dan tidak keuzuran.

Sehingga bulan Oktober..sudah ada beberapa undangan ke majlis walimatulurus untuk PC dan En Suami..moga Allah beri kesihatan dan mengizini kami menghadirinya.امین.

SANA SINI KOMPANG DI HUJUNG MINGGU
Google image

#sama-sama mencari redha Allah swt

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

22 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sekarang duit becek dah kena masuk dalah budget bulanan.
    Kalau sebulan ada 20 jemputan
    Suami isteri pergi X RM10.00 (sekurang2) dah jadi RM400.00
    Tu tak kira kalau suku sakat sendiri (tentu lebih)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la pakcik...bila dapat kad jemputan atau pesanan ringkas undangan...kena siap2 asingkan duit...kalau jauh kena lebihkan asingkan duit..duit minyak,tol,dan lain-lain..

      Padam
  2. Dah mula dah kan ada jemputan majlis.. Kak Sue pun bulan depan adik Kak Sue nak terima menantu juga..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak Sue...lagi pun sekarang dah tak tunggu cuti sekolah panjang orang nak buat majlis...wahhh nak dapat anak buah baru ya....alhamdulillah.

      Padam
  3. Kan, byk jemputan kahwin hujung minggu. Demok makan nasi beriani je ni! hehehe

    BalasPadam
  4. Saya pun ada juga dua tiga jemputan. Minggu depan (Ahad) pun ada juga satu lagi kenduri. Tak pergi kan rasa tak seronok sebab orang dah jemput, pergi kan, hehehe... Rm10 atau RM20 mesti kena hulur. Kalau kawan rapat sebelah isteri atau sebelah saya pula kurang-kurang kena hulur RM50.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la...sekarang awal-awal dah jemput...bila jemput awal tak pegi rasa bersalah...kecuali ada keuzuran atau ada halangan...kalau rapat lazimnya begitu bagi duit sumbangan....kadang hadiah untuk pengantin...hehe...sesekali.

      Padam
  5. Zumal tak ada pula yang nak invite pi makan kenduri, lapaq nasik kenduri ni...

    BalasPadam
  6. Sana sini kompang, sana sini makan sedap hehe :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...suka tengok bunga mangga warna warni...hehe.

      Padam
  7. Memang dah trend kan.. asal cuti sekolah mulalah berbunyi kompang... hehe
    Dah lama juga kami tak makan nasi kenduri

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul...memudahkan pergerakkan ahli keluarga...tinggal ibu bapa yang perlu mohon cuti....hehe..

      Padam
  8. Musim cuti sekolah = Musim kenduri kahwin. Sedapnya nasi minyak kenduri 😍

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu...lagi-lagi kalau menu masakkan kampung...fuh..

      Padam
  9. Kann..............saya pun banyak member dah kahwin nii, lepas raya, sambung msim orang kawen pulak..ehehe~ Doakan sy bertemu jodoh, ok cik PC..AMIN

    BalasPadam
  10. memang sekarang tengah musim kahwin kan. bulan lepas n bulan ni ramai orang buat majlis. Alhamdulillah.

    BalasPadam
  11. Cuaca skrg tak menentu PC. Mungkin tanda bumi semakin uzur akibat kerakudan manusia.
    InsyaAllah semoga PC sekeluarga di beri kesihatan yg baik.

    BalasPadam
  12. Banyak majlis cuti hujung mggu lps. hehe

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama