SEKECIL KUMAN BOLEH MENJADI SEBESAR GAJAH
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم

Assalammualaikum wbt
SEKECIL KUMAN BOLEH MENJADI SEBESAR GAJAH | Mahu tidak mahu setiap hari kita mesti menghadapi pelbagai hal dan ragam.Berpunca daripada diri sendiri atau bermula daripada orang lain.Bila kita mula berfikir itu bererti kita mula ambil tahu dan bertanggungjawab.Alhamdulillah.
Sekecil kuman boleh menjadi sebesar gajah.
Apa yang hari ini cuma sedikit kita miliki,tidak mustahil menjadi banyak di masa akan datang.Tiada yang pelik kalau ada izinNya dan terus yakin berusaha.Begitulah percaturan rezeki.
Dulu atau sekarang penyebaran berita apa pun tetap ada dan berlaku.Cuma mungkin kini lebih mudah dan pantas dengan sokongan jaringan teknologi yang terkehadapan.Hujung jari.Hadapan mata.Tiada had waktu.Percuma dipandangan kasar namun hakikatnya semua ada tanda harga dan nilai yang perlu dibayar.
Apa yang mudah dan pantas itu sememangnya sering menjadi pilihan.Siapa yang tidak mengikutinya bakal dianggap ketinggalan.Tetapi,adakalanya ada baiknya sedikit ketinggalan seandainya ia baik untuk mengekalkan suasana yang harmoni.Memelihara dan terpelihara.
Ayam dulu atau telur dulu.Kita yang salah guna teknologi atau teknologi yang merosakkan kita.Sekecil kuman boleh menjadi sebesar gajah.Baik dalam mengurus,berkongsi atau membicarakan perkara atau suatu isu sama ada baik atau buruk.Mungkin tidak menjadi satu masalah bila hal baik yang disebarkan biar pun ada segelintir kita tidak gemar berkongsi hal kebaikkan yang dilakukan kerana khuawtir timbul rasa riak.Tetapi bakal menjadi musibah jika perkara buruk yang mengaibkan sehingga menjadi fitnah yang diwarwarkan.
#sama-sama mencari redha Allah SWT

Tags:
Santai
Betul tu PC sekarang nie benda cepat ja dapat tau dengan teknologi maklumat kan. Cumanya harap yang di viral atau dikongsi biarlah beri manfaat kepada orang lain..
BalasPadamRisau kan kak..bahaya juga situasi begini sebenarnya..
PadamAda pula yg nampak kuman di seberang laut tapi x nampak gajah di depan mata..
BalasPadamItu lebih2 parah lagi.
Padamthis scares me every time
BalasPadamBetul..kak PC juga..
Padamwalau sebesar mana pun, secanggih mana pu,
BalasPadamGunakanlah untuk kebaikan
Moga saham baik juga diterima nnti.
Padamsetuju sangat, lagi-lagi sekarang ni zaman viral
BalasPadamItulah yang bahaya..
PadamBetul tu kak pc.. setuju sangat..
BalasPadamZaman sekarang lebih dahsyat..
Padammenakutkan..
BalasPadamSangat menakutkan..
PadamBenarlah sabda Rasulullah saw; akan ada satu masa fitnah berleluasa.. perkara yang batil diangkat dan diraikan manakala yg baik dipencilkan. Zaman media sosial ni banyak menampakkan perkara tersebut, mudah2an kita menjadi golongan yg membesarkan kebaikan dan menjauhi kebatilan dan fitnah.. aamiin.
BalasPadamSeram rasanya kak pc..dah akhir zaman ni ðŸ˜
BalasPadamMoga tidak lalai dengan teknologi dan arus moden penuh mencabar ni