Ada Tertibnya

ADA TERTIBNYA
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


ADA TERTIBNYA | Setiap hukum yang Allah tetapkan bukan untuk dipersenda.Tidak untuk dipermain-mainkan..dan bukan untuk dibahas  serta diragui demi membenarkan dan menegakkan suatu yang sudah jelas ketidak benarannya.Apa yang logik...tidak semestinya membawa manfaat pada kita.Justeru ikut apa yang telah disyariatkan.

Ada tertibnya.

Tertib itu memudahkan banyak urusan.Bila suatu itu dilakukan dengan teratur insyaAllah hingga ke hujung kesan baiknya diperolehi.Sedari kecil kita dididik dengan ketertiban ketika makan...ketika berbicara dengan orang yang lebih dewasa..begitu juga di sekolah..beratur ketika hendak membeli makanan di kantin..walaupun ada juga yang tidak begitu tertib tingkahnya..adoiiiilah..sampai senget tudung adik-adik beratur bila abang-abang dan kakak serbu nak beli makanan..heee..heee...heee..sabo jelah😅

Mungkin ada yang lebih memilih untuk melakukan sesuatu mengikut selesa..terpulang dan itu pilihan masing-masing..boleh sahaja dan ianya bukan satu masalah besar pun..asalkan memudahkan diri sendiri dan tidak membebankan orang sekeliling yang terlibat secara langsung atau sebaliknya.

Berdoa itu juga satu yang rutin kita lakukan.Di luar solat sekalipun kita tetap berdoa..doa makan,doa masuk keluar tandas,doa naik kenderaan dan sebagainya.Apatah lagi selepas solat..betul tak..senjata untuk kita setiap doa-doa itu.Satu hal yang menjadi satu harapan besar adalah Allah SWT dengar,angkat dan makbulkan setiap doa-doa kita.

ADA TERTIBNYA

Berbicara sorang hamba dengan PENCIPTANYA ADALAH KETIKA MENDIRIKAN SOLAT DAN BERDOA..maka jagalah tertibnya ketika itu.
🍓Memuji-Nya 🍓Berselawat ke atas Baginda Rasulullah SAW 
🍓Berdoalah dengan kesungguhan

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setiap yang kita buat, memang harus ada tertib baik nak makan, nak memasak sekali pun..

    good sharing PC..

    BalasPadam
  2. Jom sama sama cari redha Allah ❤️

    BalasPadam
  3. Salah satu nak makbul doa kenalah jaga tertib berdoa tu sendiri. Bukan main langgar je semua.

    BalasPadam
  4. Betul tu.. ambil wudhu pun perlu ada tertib.. apa lagi bila mengadapNya..

    BalasPadam
  5. guru saya dulu pon pernah pesan...hehe jangan lupa selawat ke atas nabi, doakan ibu bapa dan emuji Allah ketika berdoa =)

    BalasPadam
  6. Tertib itulah landasan menuju kejayaan dalam kehidupan di dunia dan juga akhirat.. subhanallah walhamdulillah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama