BOLA?!?

BOLA?!?
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BOLA?!? | Isnin akhir di bulan Oktober.Menutup tirai Oktober tahun ini pasti menjadi kenangan manis dan indah bagi pasukan bola sepak Negeri Perak.Sabtu lepas berlangsung perlawanan Piala Malaysia antara Perak dan Terengganu FC.Alhamdulillah dan tahniah kepada semua pemain sama ada daripada pasukan Perak..mahupun pasukan Terengganu FC.Hari ini cuti untuk warga di Negeri Perak.Biar tidak semuanya bercuti..tidak mengapalah moga ini menjadi sumbangan kegembiraan bukan sahaja kepada pemain tapi pada penyokong juga.

Babah PC bukan tergolong dalam kelompok yang suka menonton apatah lagi mengikuti perlawanan bola sepak.Kalau tengok pun ala kadar sahaja.Hingga sekarang pun begitu.Abah mertua,adik-adik ipar PC pula lebih kepada sukan badminton.Namun ianya berubah bila mana Tunku Mahkota Johor (TMJ) membangunkan semula bola sepak di negeri kelahiran dan kesayangan kami Johor Darul Takzim..Encik Suami yang dulunya lebih memilih tidur dan membaca komik daripada menonton perlawanan bola sepak..kini berlaku sebaliknya.Suka mengikuti perkembangan semasa bola sepak.Bukan hanya JDT..pasukan bola sepak negeri-negeri lain juga.

Bola?!?.

BOLA?!?

Perantau tumpang rezeki.Ya,PC dan Encik Suami warga JDT.Berhijrah ke Negeri Perak ini lantaran tuntutan tugas yang perlu digalas.Kami perantau tumpang rezeki kemenangan pasukan bola sepak Perak yang berjaya meraih Piala Malaysia.Allahu.Dalam apa pun jenis sukan,setiap diadakan perlawanan masing-masing sebenarnya sudah bersedia lebih awal.Kekalahan atau kemenangan.

B O L A ..BUAT ORANG LUPA ALLAH.Banyak sebab orang lupa Allah SWT.Banyak orang juga sentiasa ingat Allah,tapi lupa suruhan dan larangan-Nya.Tidak semua orang alpa untuk melunaskan ibadah gara-gara bola.Solat itu wajib dilunaskan tapi tidak wajib dipamerkan ketika menunaikannya.Bagi PC secara peribadi..permainan bola itu atau apa pun jenis permainan dan jenis sukan tiada salahnya.Mahu lalai mendirikan solat...atau tetap menjaga solat,itu berbalik pada diri sendiri dan masing-masing😊.


Segera PERLU DAN MESTI berubah dan diubah.Bola sepak itu cukup sebagai satu sukan.Riadah yang meyihatkan.Menyatukan hati dan ukhuwah satu sama lain.Pelbagai bangsa,agama dan budaya di dalamnya.Bukan hanya dikalangan sesama pemainnya serta jurulatih,tapi juga pada penonton dan penyokongnya.Kekuatan satu pasukan bila ada kerjasama setiap ahlinya..kejayaan sukan bila ada kesepakatan oleh penyokong-penyokongnya.Tidak rugi menjaga akhlak.Yang akan terpuji diri sendiri akhirnya.امین

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. sengit btul tgk bola ganu vs perak aritu...byk plak ms tambahan..sudahnya penalty sbb dh seri....apa2pn tahniah utk perak

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sengit dan mencabar..hehehe...macam-macam aksi ada..yang wajar..yang tak wajar...hehehe..

      Padam
  2. Suka dgn perkongsian ini sebagai peringatan dan renungan. Apa pun, tahniah buat pasukan dan warga negeri Perak atas kejayaan :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Tn KK..tapi ada yang tak cuti..diganti dengan hari lain..

      Padam
  3. Kak Sue tahun nie masih diberi peluang dan rezeki berniaga di kiosk Stadium Shah Alam.. Alhamdullilah. Tambah seronok Perak juara Piala Malaysia. Kak Sue memang respek fan bola yang jaga solat kat stadium.. kadang lapik kotak atau apa yang ada, janji dapat solat.. bagus kan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alhamdulillah..rezeki kan kak Sue...sentiasa tepat dari Allah SWT..itu yang terbaik...solat walau di mana berada asal syarat sahnya dipenuhi...

      Padam
  4. Tak tengok pun bola sejak dah tak ada live kat tv. hee~ Apapun suka la meaning behind BOLA tu.. ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sesekali tengok juga...hikhikhik...
      Terima kasih.

      Padam
  5. Betul tu PC, sukan boleh menyatukan jika kita menerima setiap keputusan dengan redha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju...jangan ambil serius dan emosi..santai sahaja..

      Padam
  6. Harap pemain bola dan peminat BOLA tak lupakan Allah. Bola tak bawa ke akhirat tetapi ingat Allah inshaAllah bawa kita ke akhirat..Bola sekadar bersukan sihat kan badan ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul Cikgu...apa yang kita suka di dunia ni...jangan sampai buat kita larut dengannya...

      Padam
  7. ayah memang suka tengok bola. dapat pulak suami kaki bola. shu tak tengok sampai habis pun bila pengadil buat hal. huhu.. terus masuk tidur dari kita mencarut. :(

    alhamdulillah result Perak menang.

    BalasPadam
  8. famili aida, baik adik beradik sendiri atau side suami, tiada yg fanatik bola.
    tgk live match mcm dah takde esok.
    semua diorang biasa-biasa saje.
    asben aida, langsung tak tgk pun ada. dia tgk result jer :) hi hi hi...

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama