Kalau Diikutkan Hati

KALAU DIIKUTKAN HATI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Hati.
Satu.
Dalamnya boleh dibahagi-bahagi.
Bukan bahagiannya tapi rasanya.
Tidak terlihat pun.
Tapi dirasai.
Istimewa.Unik dari Ilahi.


Ada yang hidup.
Ada yang keras mati.
Batinnya hati.
Ada yang mewah.
Ada yang tandus.
Auranya.
Tunggu berlisan.
Terungkap semua.
Berpura-pura.
Tidakkan bertahan lama.
Seketika sahaja.
Terungkap semuanya.
Tidak di dunia.
Eh! Di akhirat pula.


Segumpal darah.
Besar fungsinya.
Banyak tugasnya.
Jika betul.
Maka betul keseluruhan jasad keturunan Adam.
Apa seadanya.


Kalau diikutkan hati.
Salah percaturan.
Mati.
Terabur gigi.
Tercabut rambut hingga ke akar umbi.
Mengalir darah sana sini.
Patah tangan patah kaki.
Sana maki sini maki.
Arang memarakkan menjadi api.
Janji puas hati.


Kalau diikutkan hati.
Ammarah ditolak ke tepi.
Tenang menghadapi.
Mustahil menjadi realiti.
Gunung tinggi mampu didaki.
Lautan bergelora bertahan direnangi.
Daratan berliku mudah direntasi.
Diketinggian langit sangup diterjuni.
Musuh mampu menjadi sahabat sejati.
Besi karat menjdi setajam belati.


Kalau diikutkan hati.
Boleh jadi suka.
Boleh jadi benci.
Ikut yang mana.
Pilih.
Lebih kita yang mendekati.
Atau.
DIA menjauhi.

Kalau Diikutkan Hati


#sama-sama mencari redha Allah SWT





PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Besar peranan hati ni PC. Cerminan peribadi kita yg sebenar. Baik hatinya baik lah semuanya.

    BalasPadam
  2. ada kata ikut kata hati binasa. tapi kalau disertakan dengan akal dan panduan yg betul Insyaallah diberkati..

    BalasPadam
  3. qalbu iaitu hati yang mudah mengikut perasaan... namun dengan akal fikiran dan petunjuk drpd Allah, inshaAllah menju ke jalan yang benar =) jom sama2 repair hati

    BalasPadam
  4. jangan ikutkan hati, nanti mati..

    BalasPadam
  5. Peranan hiti.. ada yg berungkai dari amarah diri dan juga tiupan rasa dari Maha Pencipta. Allahuakbar.

    BalasPadam
  6. Besar peranan sekeping hati. Kalau mampu di kawal membawa byk kebaikan dan keamanan. Kalau tidak, keburukan dan huru hara tercetus.

    BalasPadam
  7. Moralnyaa.. Jagalah hatii jangan kau nodai.. Tetiba teringat lagu lagu nasyid lama dulu semua lagu dulu banyak yang memberi teguran dan buatkan kita berfikir untuk jadi lebih baik..

    BalasPadam
  8. Subahanallah..indahnya kata2 ..semoga tiap kita tetap mendapat rahmatNya

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama