Ragam Keluhan

RAGAM KELUHAN

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum WBT


RAGAM KELUHAN | Lumrah ada masanya mengeluh sendirian.Atau mungkin dikongsikan.Bagi Perdu Cinta..tak salah mengeluh..dan PC pandang dari sudut baiknya.Ada yang tidak suka bila dengar orang lain mengeluh.Dikatakan tidak mensyukuri.PC terima dan ubah pengertian mengeluh kepada berkongsi rasa untuk ringankan bebanan jiwa dan fikiran.Cuma..jangan lebih mengadu dengan insan sebaliknya lebihkan mengadu dengan Tuhan.

Allah tidak bosan mendengar sebaliknya rindu.Sedang insan ini mudah untuk pecah dimulut berbanding pecahnya diperut,namun yang jujur masih ada dan ramai di muka bumi Allah ini.InsyaAllah jangan bimbang.Doa sentiasa supaya kebaikkan sentiasa mendekati kita semua ya.امین😄

Ragam keluhan.

Setiap hari yang semakin mencabar dan sentiasa dicabar..sesiapa pun dengan bahagian masing-masing.Suri rumah ada cabarannya.Ada juga keluhannya.Begitu juga wanita yang bekerjaya,ada keluhannya yang tersendiri.Keluhan ini sebenarnya boleh didengari sedari individu mahupun berkeluarga.Salurkan keluhan ditempatnya moga mudah mendapat laluan dan solusi penyelesaiannya.InsyaAllah tekanan dapat dikurangkan.

Teringat PC beberapa keluhan yang lucu .. tapi sangat mendalam dan terkesan..ambil pengajarannya.

Keluhan 1 👉sahabat PC seorang guru 

Sahabat guru : Wei,stress aku..anak murid aku bawa eyeliner datang sekolah.
PC : Umur berapa wei..biasalah murid perempuan kan.
Sahabat guru : Hoiiiiiii la,masalahnya lelaki ni yang bawa eyeliner.Darjah 3 tu.Pinjam kakak punya katanya.
PC : Pantau fren.
Sahabat guru : Cuba .. insyaAllah,moga tak jadi junior.Risau weiii.

Keluhan 2 👉 ibu yang krikkk krikk di pusat beli belah

Anak : ibu,dia pakai macam kita tapi kenapa suara macam ayah.
Ibu : dia sakit tekak..
Anak : ayah sakit tekak ke bu..
Ibu :  krikkk krikk

Keluhannya adalah mencari alasan atau jawapan pada setiap persoalan supaya tahu membezakan.

#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

2 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Aduhh tak tahu nak kata apa dua kisah tu..tepuk dahi je la dengan bermacam ragam topik hangat isu semasa ni

    BalasPadam
  2. Keluhan manusia ada mcm2.. ada yg kelakar, tp ada juga yg tak patut dikeluhkan. Hanya kpd Allah kita luahkan dgn doa berterusan, in shaa Allah.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama