SEDIA MAKLUM
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SEDIA MAKLUM | Untuk memperoleh maklumat sangat mudah.Kadang kita yang mencari.Ada detiknya ianya datang dibawa dan disampaikan daripada orang lain.Sehari-hari,,pelbagai jenis dan bersilih ganti.Pilih sahaja.Semua ada.Baik mahupun buruk.Benar ataupun dusta.Mengalir deras dan sangat pantas.Sedia maklum untuk menerima atau menolak..mempraktikkan atau membiar lesu.
Tatkala ghairah itu ini..jangan sampai nyalakan api untuk membakar diri sendiri.
Tatkala ghairah itu ini..jangan sampai nyalakan api untuk membakar diri sendiri.
Sedia maklum.
Banyak hal dipelajari.Banyak perkara ditempuhi.Sangat-sangat banyak seumurnya hidup ini.Selari dengan itu yang telah dimaklumi,berapa kerat sahaja yang dipraktikkan sehari-hari.Dan berapa pula jumlahnya yang sengaja dan suka-suka diingkari.Tidak menafi begitu juga diri ini😢.Allahu.
Belajar lebih menghormati.Hormat menghormati semua orang tahu.Semua orang pun lakukan.Tapi bukan bererti ianya ditakuk itu sahaja.Belajar lagi ke lapangan yang lebih luas dan jauh nanti akan terlihat hormat menghormati itu bukan sekadar bertemu memberi salam..bersalaman..salam cium tangan pada yang selayaknya,tunddukkan sedikit kepala dan tubuh bila melintas di depan tetamu..sebenarnya ada banyak lagi.
Belajar dengan alam.Sesekali pencilkan diri dari kemodenan duniawi..dekati alam yang sedang kita sama-sama berkongsi nikmat daripada Ilahi.Cuba..cuba..cuba.Jangan tangguh dan nanti-nanti.Hujan menjadi terhenti..guruh menyembunyikan bunyi..unggas senyap sepi..dikala berkumandang seruan azan beralun merdu sana sini.Allah mengatur agar kita mengerti.Pelajari.
Sedia maklum wahai insani.Jangan persia akal yang diberi.Fungsikan agar menaikkan martabat diri supaya tidak perlu ditegur-tegur pada hal yang kecil dan rapuh.Alihkan pandangan pada adegan maksiat.Tulikan pendengaran pada perkhabaran fitnah.Puasakan lisan dan lidah dari subhah dunia.Jangan berasa rugi tidak terikut pesatnya dunia kerana nanti kita tuai untuk dikeindahan syurga.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
mice sharing pc
BalasPadamtypo - nice sebenarnya. hihi
BalasPadamTerima kasih...tak pe..😄
PadamZaman sekarang ni budaya hormat menghormati semakin terhakis. Cerita tak betul terus diviralkan tanpa selidik dahulu. Akhir nya memecah belahkan masyarakat.
BalasPadamSetuju.Bahaya..lebih bahaya mudah percaya dan terima..merosakkan silaturahim juga kan kak..😊
PadamSesetengah orang minta diri dihormati tapi tak tahu nak hormat orang lain. Apa dia tak tahu ke hormat itu sesuatu yang diberi bukan boleh diminta-minta.
BalasPadamTepat.Ada segelintirnya begitu...dia minta dihormati sedangkan maruah orang lain dipijak-pijak dan dibuang ke tepi..
Padamgood sharing.tq
BalasPadamTerima kasih..
Padamkita hormat orang, InsyaAllah orang hormat kita.. mudah urusan jadinya :)
BalasPadamwww.maisarahsidi.com
Aamin..aamin..aamin.InsyaAllah.
PadamSelain menghormati sesama insan,
BalasPadamhormatilah juga alam sekeliling kita
Betul..hormati dan sayang satu sama lain sebatas dan selayaknya.
Padamthank you.. good sharing..
BalasPadamSama-sama...
Padammasih tidak terlambat untuk kita belajar menghormati dan menggunakan akal dengan bijak tanpa mengguriskan hati orang lain..yang penting kita kena usaha kan
BalasPadamSemoga kita sentiasa berada dalam rahmat Allah, tetap teguh pertahankan akhlak yang mulia yang dituntut dalam islam.
BalasPadamhormat menghormati itu perlu..
BalasPadamPeringatan yg baik utk renungan kita semua. Hormat menghormati pun antara cabang ibadah yg dituntut kan.. semoga Allah sentiasa memberkati kita semua saling hormat menghormati sesama kita.. Allahuakbar.
BalasPadam