Ada "Sponge" Dalam Diri Kita

ADA "SPONGE" DALAM DIRI KITA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


ADA "SPONGE" DALAM DIRI KITA | Bagi sesiapa yang gemar dengan rutin ber"make up"..selain menggunakan "brush" untuk meratakan solekkan..pastinya beauty blender sponge ada dalam koleksi dan simpanan yang menjadi keperluan.Cuci pinggan,tidak asing juga dengan sponge selain berus steel untuk sental kerak dan hangus pada kuali dan periuk.Ada macam-macam jenis sponge mengikut keperluan dan kegunaannya.Musah menyerap cairan dan membersih antara sebab mengapa sponge sering dipilih.Lagi satu..jangan lupa..Spongebob dan kawan-kawan..heeehehe..

Ada "sponge" dalam diri kita.

Otak.Watak kita sedikit sebanyak dipengaruhi apa yang kita lihat,kita dengar sedari kecil.Bermula daripada melihat tingkah ibu bapa serta adik beradik di sekeliling kita di rumah seterusnya hinggalah ke sekolah.Anak-anak kecil yang polos pemikirannya sangat mudah meniru atau mengikut apa sahaja tindak tanduk orang dewasa yang dilihatnya.Justeru mengapa tatkala berada dikelompok atau persekitaran yang ada anak kecil atau kanak-kanak..mohon sentiasa berhati-hati serta berjaga-jaga supaya tidak bercakap atau bertindak keterlaluan.Jangan kata yang kanak-kanak,yang dewasa pun mudah merakam semuanya.Tiada masalah bagi hal atau perkara yang baik namun tidak yang sebaliknya.Ianya bakal menjadi warisan.

Hati.Terakam diminda.Tersimpan dihati.Bukan hal yang aneh.Walau kadang bila ditanya berkali-kali dan mengatakan tidak..ad masanya sangkut dan melekat dihati juga.Hati kita mudah menyerap banyak hal yang kadang kecil dan remeh sahaja.Tapi mungkin tajam dan dalam hingga ianya menjadi selumbar.Bukan pada hal yang tidak baik sahaja,,banyak juga hal baik yang sentiasa subur dalam hati..berbunga-bunga mewangi.

Dua aspek ini otak dan hati ibarat sponge dalam diri kita sebenarnya kerana kedua-duanya sangat mudah merakam,menyerap dan menyimpan.Serap dan simpanlah yang baik-baik sahaja..itu mencukupi kerana yang baik itu menjadikan kita insan.امین.


Ada "Sponge" Dalam Diri Kita
#sama-sama mencari redha Allah SWT



PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Zumal rasa sponge zumal banyak serap benda tak baik, mungkin kena 'rendam' lebih lama untuk kembali bersih

    BalasPadam
    Balasan
    1. Adatlah Zumal..kita manusia biasa..tidak ma'sum.InsyaAllah sedikit demi sedikit kita semua boleh perbaiki diri...aamin.

      Padam
  2. Betul tu.. ada kala kita pun tak sedar ada perkara2 yg kurang baik mudah terserap dlm diri bukan shj kpd kanak2, malah kita yg dewasa ini juga. Tanpa sedar kita sebarkan pada yg lain utk diserap juga.. Astagfirullah..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama