Kalau Mahu Selamat

KALAU MAHU SELAMAT
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Semua orang mahu selamat.
Dunia.
Akhirat.
Penentu di TITIAN SIRAT.
Moga tidak tergelincir.
Tidak tercicir.
Biarlah lambat.
Hujungnya tetap bersambut.
Baginda pencinta ummat.

Sebelum itu.
Berjaga-jagalah.
Di dunia yang banyak helahnya.
Banyak silangnya.
Indah itu menarik-narik.
Hati-hati jangan tercarik berdarah.

Harta.
Membuta kan mata.
Takhta.
Menggelapkan jiwa.
Wanita.
Meleburkan iman yang ada.
Sebenarnya satu.
Semuanya nafsu.

Kuat.
Lepas.
Lemah.
Terhempas ke lembah.

Kalau mahu selamat.
Jaga hubungan.
Rapikan niat.
Cantikkan akhlak.

Ke syurga bukan kerana banyak benda.
Tapi.
Dengan satu azimat.
Kasih sayang Allah SWT.
Rahmat-NYA.


KALAU MAHU SELAMAT

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. jaga hubungan sesama makhluk, hidup tenang.

    happy deepavali kak PC.

    BalasPadam
  2. Asalam..kata2 amat memberi kesedaran. Semoga sentiasa beramal yang baik2. Aamin

    BalasPadam
  3. assalam kak ^_^ lama nya x jengok sini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Lieya..sibuk ya😊..tak pe fhm.

      Padam
  4. Betul, kita ke syurga kerana rahmat dan redha Allah. Jika Allah redha barulah dapat ke syurga

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama