Penat Tak Jadi Blogger

PENAT TAK JADI BLOGGER
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


PENAT TAK JADI BLOGGER | Ini berdasarkan pendapat peribadi PC.Penat tak jadi blogger.Dikenali.Kurang dikenali.Suka-suka.Serius.Untuk santai.Untuk sumber pendapatan.Apa pun alasan atau keperluan serta kehendaknya.............kembali semula pada niat asal dan awal mahu menjadi blogger.Tapi,perubahan boleh berlaku pada bila-bila masa dengan izinNya.Apa yang direncanakan Allah SWT itu sangat sulit.Kita tak tahu pun.Kadang kita perasan hint yang Allah beri itu boleh jadi sudah terlewat atau setelah sesuatu hal itu berlaku.Maka,syukurilah.

Penat tak jadi blogger.

Penat tak jadi blogger

Niat.Sebahagian besar perilaku atau tindakkan kita niat itu memainkan peranan besar dan penting.Sangat mempengaruhi.Solat..puasa..tak niat maka tidak sah."Aku nak jadi blogger kerana Allah"."Aku nak menulis dan berkongsi perkara baik juga kerana Allah".Itulah niat.Mungkin lain blogger lain-lainlah niatnya.Bukankah setiap orang itu tidak sama haluannya.Kita terima dan hormatilah sahaja.PC percaya,niat yang baik...susah macam mana pun kita mahu mendapatkannya,satu ketika Allah pasti mengizinkannya berlaku.

Menulis daripada hati(jiwa).Apa yang disampaikan daripada hati,insyaAllah ke hati juga akan terkesan."Bukan macam lontar buah dadu" itulah perumpamaan tidak mudahnya menulis atau menghasilkan entri.Kecuali bagi insan yang Allah SWT anugerahkan bakat dalam bidang penulisan seterusnya berkarya.Mungkin lebih mudah mengolah idea dan setiap patah kata.Penat tak jadi blogger..Kalau sudah minat dan sebati pada diri gagahkan sedaya kudrat..

Terbit rasa sayang dan rindu.Rasa penat,sesak,serabut,malas,tertekan..itu semua ada.PC rasa dan lalui.Nama pun manusia biasa.Walau tidak sentiasa,sesekali itu ianya menyapa fikiran dan jiwa serta semangat.Namun rasa-rasa itu cukup jadikan satu cabaran dan sekadar singgahan supaya tidak memadam rasa sayang dan rindu yang terbit pada blog.Kecuali ada asbab yang teguh untuk tidak aktif lagi menjadi seorang blogger secara nekad dan total.

Bersosial dengan kejernihan hati.Antara blogger,mungkin ada yang pernah bertemu,mungkin hanya beromunikasi di ruangan komen,tidak pernah bertemu.Itu pun sudah menggembirakan satu sama lain.Adik beradik,sama-sama blogger,mudah berjumpa,wow lagi bergandalah gembiranya.Alhamdulillah.Menjadi blogger,,memiliki blog adalah salah satu cara bersosial dengan kejernihan hati.

Penat dan malas ada bezanya.Kalau penat,hilang penat insyaAllah kembali bersemangat.Tapi kalau angin dan rasa malas yang melekat..Allahu.Allah SWT yang pilih kita untuk menjadi seorang blogger.DIA yang menggerakkan hati dan fikiran kita.Mendatangkan ilham untuk dikongsi bersama dan Allah SWT yang mengizinkan laluan-laluan yang harus dilalui seorang blogger.


"Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Al-Baqarah: 286)

#sama-sama mencari redha Allah SWT.

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

32 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul. Menulis adalah terapi. Bila menulis kita akan cuba kontrol perasaan kita. Menahan diri dari menulis sesuatu yang tidak sedap untuk di baca. Membina satu pesonaliti yang lebih baik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.Secara tidak langsung menulis ni atau berblog mendidik diri blogger itu sendiri..alhamdulillah.

      Padam
  2. setuju dengan pernyataan PC ni... pokok pangkalnya tanya hati... mia rasa hilang stres bila berblog..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kak.Balik pada niatkan kak.Jadi terapi juga.

      Padam
  3. Setuju disampaikan dari hati akan sampai ke hati.. Haritu sebenarnya tagline dekat description blog husniey tulis 'dari hati via jari jemari' tapi now macam tak letak dah.. 😂

    Penat juga kak pc, husniey kagum pada yang boleh beri komitmen berterusan.. Hebat tu. Bukan kerja blog je kan.. Yang ada anak lagi, tanggungjawab banyak juga.. 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best tu Husniey "dari hati via jari jemari"..kak PC suka.Penat..sebab nak mengarang bukan hal mudah lagilah Husniey kongsi tentang tempat-tempat menarik...tentang pelancongan...lagi pening.

      Padam
  4. I love to share my story walaupun kadang2 on off...Tapi tetap suka jadi blogger...huhu

    BalasPadam
  5. Mama suka berblog Dan mengenalinl sesama blogger dinalam Maya ni

    BalasPadam
  6. Kdg2 tu rasa penat n sibuk tetapi selepas tu rasa puas hati bila entri kita dibaca n dikomen oleh pengunjung. Tq.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..rasa berbalas letih dan tumpuan yang dicurahkan pada blog kan Cikgu.Alhamdulillah.

      Padam
  7. Mmg penat berblogging kalau tiada minat dan arah tuju.. in shaa Allah, akan terus menulis buat manfaat insan dan ukhwah silaturrahim. Moga kita semua diberkati.. aamiin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..tapi bila minat insyaAllah sentiasa Allah beri semangat...aamin.Moga jadi saham akhirat.

      Padam
  8. Salam Kak PC, lama dah tak buka blog hari ini baru tergerak hati nak buka. Yana pun rindu nak menulis tapi gitulah. Allah tahu yang terbaik kan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikummusalam Yana..tulah lama tak bacan nukilan Yana..sibuk ya..betul..Allah Maha Mengetahui.

      Padam
  9. semoga Allah Beri Yang terbaik untuk kita.

    BalasPadam
  10. You been tagged
    jom join

    https://tzeteacherdiva.blogspot.com/2018/11/mystery-box-giveaway-by-liyana-jasmi.html

    BalasPadam
  11. Kdg mmg ada rasa penat, tapi sebab minat mendorong utk terus berblog. Sayang kalau blog terkubur je, banyak kenangan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan mama.Betul..blog ni macam diari alamaya..cuma ada adab dan tertibnya ketika berkongsi..

      Padam
  12. berblog ni buat saya rasa "hidup" ,susah nak explain rasa ni,cuma bila saya berblog dan tulis atau share apa-apa rasa macam ada makna jugalah hidup saya ni =)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Memaknakan sesuatu kekebihan yang Allah SWT beri dan izinkan.Alhamdulillah.

      Padam
  13. kadang - kadang ada juga rasa penatnya bila memikir entri apa yg nak dipublist untuk reader n followers baca , tapi disebabkan minat usaha juga publish apa-apa ,at least blogger lain tahu kewujudan kita

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mengarang pun penat sebenarnya.Tapi bila bersemangat..penat tu hilang dengan sendirinya..

      Padam
  14. cantik n3 PC kali ini, membuat kita berfikir tentang blogger. Etuza nak cakap bila tak ikhlas dan kita paksa diri memang tak best dan penatnya berblog jika tak lahir keikhlasan..berblog seronok ..apa tah lagi ada nilai ilmu..kan sampaikan biar sepatah ..

    BalasPadam
  15. tak di nafikan ada keadaan kita penat..dek kerja2 seharian. Tak apa rehatkan minda dan ambil masa tenangkan diri..membaca al quran berzikir adalah terapi minda dan mendapat kasih sayang Allah..pasti ceria kembali berblog dengan niat baik

    BalasPadam
    Balasan
    1. Apa pun urusan bila dilakukan dengan paksaan memang tak menggembirakan kan Cikgu.Bertambah tertekan jadinya.Kebaikkan walau sedikit yang disampaikan tetap ada ganjarannya..aamin.

      Padam
  16. Belum penat lagi hehehe...yang penting niat kita tu apa.
    Seronok jadi blogger bagi Mrs. A ianya umpama terapi dapat bemonolog dengan diri sendiri dan dapat juga berkenalan dengan rakan-rakan blogger walaupun sekadar di alam maya.

    BalasPadam
  17. Alhamdulillah.
    Menulislah mengikut kemampuan dan kesempatan kita kita.
    Mudah2an ada manfaatnya kepada orang lain yang membacanya.

    BalasPadam
  18. Paling penat bila payment tak masuk-masuk

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama