Bukan Budak-budak

BUKAN BUDAK-BUDAK
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

BUKAN BUDAK-BUDAK.
Ibu ayah kita.
Bukan budak-budak.
Dimarah.
Diherdik.
Dibentak-bentak.
Ikut suka hati.
Ikut semahunya.
Gurau.
PASTIKAN letak hadnya.
Mereka ibu ayah kita!
Mereka murka.
Neraka kita hujungnya.
HORMATI.


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Adik-beradik kita.
Seibu sebapa.
Sebapa.
Seibu.
Tidak seibu.
Tidak sebapa.
Sesusuan.
Dulu kecil-kecil.
Dewasa lain cara dan gayanya.
Jangan bantai ikut sesukanya.
HARGAI.


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Saudara-mara.
Pakcik.
Makcik.
Sepupu.
Saudara jauh.
Saudara dekat.
Jangan mencari bila ada perlunya.
Jangan pinggir setelah dihisap madunya.
Takut terputus saudara dalam sepi.
SAYANGI.


BUKAN BUDAK-BUDAK


BUKAN BUDAK-BUDAK.
Mudah ditipu.
Mudah digula-gula.
Mudah diperdaya.
Mudah segenapnya.
Mudah juga yang memperdaya masuk perangkap sendiri.
Tolong jangan perasan.
Diam tidak tentu suka.
Berbicara tidak tentu benci.
Lihat keperluan dan situasi.
Jangan hentam ikut suka sendiri.
Takut bila bangkit.
Tak cukup tenaga nak lari.


Budak-budak pun tidak suka dibudak-budakkan.
Mereka sudah pintar.
Mereka merakam semua.
Suatu masa bakal dimuntahkan semula semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

9 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. betul tu.. semoga kita terhindar dari golongan anak derhaka..

    BalasPadam
  2. peringatan yang bagus kak.. Namun ramai yang tak menyedari nya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sha..moga kita sentiasa berpada-pada.

      Padam
  3. budak2 memang perakam utama cam kamera dia akan tgk dan perhati perangai org2 tu... then dia tanya kita kenapa org tu macam tu dan macam ni... jenuh nak explain...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan kak..diam tapi memerhati.Sampai masa bertanya untuk kepastian dan mahu penjelasan.

      Padam
  4. Seram bila ada anak memperbudak-budakkan ibu bapa mereka

    BalasPadam
  5. Betul..kena letak sempadan.Kadang luaran nampak ok rupanya simpan dalam hati.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama