Mengenal Dapur

MENGENAL DAPUR
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt


MENGENAL DAPUR | Dapur satu kawasan atau tempat yang PC rasa ada pada setiap rumah.Tidak kiralah keluasannya itu bagaimana.Kecilkah.Besarkah atau sederhana cuma.Ada dapur kering.Ada dapur basah.Ada dapurnya di dalam rumah..ada juga lebih suka dibuat di luar rumah.Sama ada dapur itu kerap digunakan..hanya sesekali digunakan atau sekadar ada-ada diguna hanya detik perlunya sahaja..juga terserah pada tuan puan rumahnya.Apa pun syukuri setiap rezeki dan nikmat.

Mengenal dapur.

Pusing ke mana pun,berlari sejauh apa pun..sudah menjadi satu keperluan dan mesti dijadikan kehendak dari dulu lagi mengenal dapur itu dititik beratkan ibu bapa kepada anak-anak.Baik anak lelaki,,lebih-lebih lagi anak perempuan.Ya,mungkin ada yang tidak bersetuju dengan PC."Dulu itu dululah..sekarang ini sekaranglah"."Kalau asyik yang dulu tidak maju".Tapi harus diingat..yang dulu itulah menjadi sekarang.

Panjang umur..siapa kita sekarang sebenarnya siapa kita dahulu..biar pun seiring usia banyak yang berubah..namun tidak keseluruhannya sebaliknya ada yang diteruskan menjadi turun temurun dan ikutan.Bezanya mengikut kesesuaian.

Mengikut kesesuaian.Banyak sumber dan kemudahan boleh dijadikan panduan atau rujukkan.Dulu ibu bapa menjadi rujukkan utama bila mahu mengenal dapur..berjinak-jinak untuk memasak dan sebagainya namun sekarang lain kaedahnya..bagi yang mahu mengekalkan keaslian rasa dan ramuannya pastinya ibu,nenek makcik tetap menjadi rujukkan.

Sedia minat atau minat yang dipupuk.Lain orang lain minatnya.Mengenal dapur pun perlu ada minat dan usaha.Sungguh.Bila tidak ada rasa suka..ianya boleh berlaku dan dilakukan tapi dengan keadaan terpaksa dan sakit hati.Penyudahnya memilih makanan segera atau keluar makan di mana-mana mengikut citarasa.Boleh sahaja.Tidak menjadi masalah.Sesekali on.Jika kerap no.Bahaya untuk diri sendiri.

Bagi yang gemar mengenal dapur ini bukan satu masalah besar.Sebaliknya ia menjadi terapi.Bagi yang sebaliknya,mulasedikit demi sedikit untuk mengenal dapur sebagai persediaan dan solusi jangka masa panjang.Tidak perlu hebat pun..tidak perlu mahir lambung pisau juga.Tidak semestinya boleh cincang bawang sambil menari kpop juga..sederhana itu cukup indah.😁

Mengenal dapur.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

3 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Sekarang pun bnyk pilihan interior dapur ni kan.. dapun kecil pun boleh dijadikan serba lengkap, selesa dan menarik, apatah lagi yg besar.

    BalasPadam
  2. Husniey suka makanan dari dapur. Homemade. Terasa lebih sedap.. Tapi itulah duduk berdua je ngan suami, adakalanya sesuatu menu yang teringin makan tu lebih berbaloi dibeli 😂

    BalasPadam
  3. teringat mentua suruh beli kacang panjang.. sekali terbeli kacang buncis.. hahaha

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama