Mengerti

MENGERTI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Ada cukup sekali berbicaranya.
Ada dengan lirikan mata.
Ada dengan segaris senyuman cuma.
Ada dengan hanya sedikit anggukkan kepala.
Ada hanya sepatah kata tiada lebihnya.
Apa?.
M E N G E R T I.

Bila mahu mengerti.
Bila mengerti daripada dasar hati.
Menjadi mudah hingga hujungnya nanti.
Bila menempuh kehidupan sesudah mati.
Mengerti ada yang sendiri.
Mengerti ada juga yang mesti dipelajari.
Ya.

Sukar.
Bila?
Tidak mahu mengerti.
Bekukan mata hati.
Lebih parah.
Bila?
 Tidak mahu mengerti apa yang Tuhan ingini.
Allahu Rabbi.

Sesama insan.
Sedaya dipenuhi.
Bersungguh kaji ingin mengerti.
Ambil hati.
Ambil peduli.
Hak Tuhan jangan dibuat tuli.
Bertempiaran sendiri nanti.

M E N G E R T I.
Mahal sekali.
Tidak semua miliki rasa ini.
Bukti?
Masih ramai menyakiti.
Banyak yang tersakiti.

Mahu mengerti.
Selami dari sepasang mata ini.
Jawapan ada nanti.
Bukan hanya pada manusia.
Pada setiap makhluk yang ada.


Mengerti

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. susahnya bila nak mengerti antara sesama manusia. namun kita mencuba untuk sentiasa positif.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sangat susah Shu..kerana manusia ini boleh berubah bila-bila masa sahaja.

      Padam
  2. Mengerti... ambil peduli... tapi, tak ramai yang ambil tindakkan...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yup.Betul.Sebaliknya membuli kembali atau hanya sepi.

      Padam
  3. Sekarang dah payah nak jumpa insan yang mengerti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Mungkin ada...tapi susah nak jumpa dah Husniey.

      Padam
  4. MOGA MENGERTI DGN SEBENARNYA BKN MENURUT APA YG DISUKAI

    BalasPadam
  5. Cubalah mengerti orang lain, supaya orang lain juga bisa berbuat yang sama pada kita. Nice sharing :)

    BalasPadam
  6. Kenapa masih ada yang belum mengerti ???

    BalasPadam
  7. Comelnya kucing.. mmg susah nak Cari org yg mengerikan diri Kita..haters Ada laa

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama