Orang Tak Suka?!??.. Tidak Mengapa

ORANG TAK SUKA?!??.. TIDAK  MENGAPA
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


ORANG TAK SUKA?!??.. TIDAK  MENGAPA | Tak ada manusia yang tiada perasaan.Walau dimulutnya berkata 'tidak mengapa'..tapi dihatinya tidak tahu apa yang dirasa.Ada yang mudah melupakan suatu yang pedih,perit dan pahit.Ada juga sebaliknya.PC rasakan sekiranya itu terjadi mungkin seseorang itu sedang berusaha 'tidak mahu membesarkan cerita'.Maka sedaya upaya di bawa dengan cara lebih damai dan santai.Bukan pura-pura namun itu langkah menenangkan hati.

Ada yang semulajadi mudah disukai orang dan menyukai orang.Ada yang bekerja keras agar orang lain menyukainya dan dia juga berusaha untuk suka orang lain.Suka dalam erti kata mudah mesra sesama manusia bukan bercinta atau ke arah hubungan yang menyalahi hukum.Sedari dulu pun ada saja perangai manusia yang mudah tidak menyukai orang.Kadang tanpa sebab yang jelas pun.Orang tak suka?!??.. tidak mengapa.

Orang tak suka?!??.. tidak mengapa.

Fikir banyak kali untuk tidak menyukai orang lain..kerana belum tentu diri kita pun orang suka atau sangat selesa..kerana boleh sahaja berlaku di mana baik,manis di hadapan semata-mata sedang di belakang kita sebaliknya tingkah mereka pada kita.Kecuali kalau sememangnya kita berasa pasti dan jelas akan tindak tanduknya yang memang wajar ditentang dan wajar tidak disukai.Tetapi jangan sampai memutuskan silaturahim,,cukuplah membawa hal dan urusan masing-masing.

Jangan risau jika macam tak dipeduli.Jangan sedih kalau macam tidak dihargai walau hakikatnya berat dan terasa sakit dihati..cari kekuatan diri.Gilap dan tonjolkan.Bukan demi meraih perhatian namun itu cara membuktikan sebenarnya kita juga ada fungsinya dan boleh membantu sekadar yang terdaya.

Ingat ye..tidak mengapa orang tidak suka..kalau khilaf dari kita perbaiki saja.Kalau yakin tiada yang salah jalani sahaja..paling penting kita sentiasa meraih perhatian dan kasih sayang Allah SWT.Aamiin.

#sama-sama mencari redha Allah SWT


PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Ya betul tu. Orang tak suka tidak mengapa :)

    BalasPadam
  2. Takpelah hati memang kena kuat kena selalu doa moga Allah lapangkan hati ini aamiin

    BalasPadam
  3. tak boleh nk puaskan hati org.. ada saja yg xkena

    BalasPadam
  4. Fikir macam ni jelah..kita tak boleh buat semua orang suka kita, sebab kita pun mustahil nak suka semua orang

    BalasPadam
  5. YANG UTAMA KITA DISUKAI ALLAH..INSYAA ALLAH

    BalasPadam
  6. Tapi kan.. I always worry much pasal apa yg orang kata.. Sampai kadang2 tu rasa down sendiri. . Hmmmmm

    BalasPadam
  7. Prinsip saya iala, 'jangan peduli apa orang kata. jalan terus'.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama