AKIBAT
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
Tuai padi antara masak
Penuh gudang beras menyesak
Berhati-hati jika memihak
Silap hitungan diri dicampak
Awal pagi kecoh cari sabut
Tali kasut hingga tercabut
Sesekali ringankan mulut
Solusi melerai situsi serabut
Kerana santan pulut binasa
Pulut kuning enak rasanya
Kerana mulut jasad merana
Berbicaralah sekadarnya sahaja
Anak katak belajar lompat
Lompat-lompat kaki terlipat
Kecil besar tetap berakibat
Tidak di dunia di akhirat mendapat
Guling-guling bergelak sakan
Hilang seketika hati yang rawan
Ingatkan diri hidup bersempadan
Besederhanalah itu yang Islam galakkan
Sorong papan tarik papan
Sekarang hiburan jadi santapan
Berbuat baik jadikan ulangan
Moga diangkat di sisi Tuhan
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tuai padi antara masak
Penuh gudang beras menyesak
Berhati-hati jika memihak
Silap hitungan diri dicampak
Awal pagi kecoh cari sabut
Tali kasut hingga tercabut
Sesekali ringankan mulut
Solusi melerai situsi serabut
Kerana santan pulut binasa
Pulut kuning enak rasanya
Kerana mulut jasad merana
Berbicaralah sekadarnya sahaja
Anak katak belajar lompat
Lompat-lompat kaki terlipat
Kecil besar tetap berakibat
Tidak di dunia di akhirat mendapat
Guling-guling bergelak sakan
Hilang seketika hati yang rawan
Ingatkan diri hidup bersempadan
Besederhanalah itu yang Islam galakkan
Sorong papan tarik papan
Sekarang hiburan jadi santapan
Berbuat baik jadikan ulangan
Moga diangkat di sisi Tuhan
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Pantun
terbaek :)
BalasPadamAlhamdulillah..terima kasih😊
PadamRangkap pertama pun dah memukau 😍
BalasPadamTerima kasih kak pc ingatkan
Hihihi..terima kasih Husniey..😊
Padamfuh, terbaik pantunnyya...saya cuba juga ya..
BalasPadampergi berdagang ke Kelantan,
sampai masa,pulang ke Melaka,
sungguh manis rupa orang beriman.
nampak cantik dan molek belaka.
Hureyyy..pandai berpantun.Alhamdulillah😊
PadamSalam jumaat PC.pantun yang penuh dengan nasihat. Semoga menjadi iktibar pada yang membaca hendaknya.
BalasPadamSalam Jumaat kak.Aamiin..😊
Padamnk bls dgn pantun xpandai ;-)
BalasPadam"Berbuat baik jadikan ulangan".. sedap ayat ni kak pc.. setuju..
BalasPadam