Blogger Sempadannya Luas Namun Bersyarat

BLOGGER SEMPADANNYA LUAS NAMUN BERSYARAT
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


BLOGGER SEMPADANNYA LUAS NAMUN BERSYARAT | Terkongkong.Terbatas.Pasti ada yang berasa rimas dan sesak dijiwa dan fikiran.Sesetengan manusia tidak suka dihalang.Semakin dihalang semakin bersungguh menentang.Sedangkan ada segelintir manusia yang lain boleh menerima sekatan atau kongkongan kerana berasa lebih selamat dan hadapi dengan santai serta tenang.Sebenarnya sederhana itu lebih menyeimbangkan keadaan dan menjaga.Banyak hal in sha Allah terpelihara.Aamiin.

Sekarang sudah terlalu banyak yang melangkaui sempadan.Baik dengan kebenaran serta izin atau secara jalan belakang yang dilarang juga menyalahi.Tidak perlu pandang kuman di seberang lautan..cukup jeling-jeling gajah yang di depan mata untuk dijadikan tauladan mudah dan kecil.

Semua di hujung jari.Senyap-senyap jadi.Diam-diam berisi bukan diam penggali berkarat dalam sepi.Tidak dikenali namun boleh berasa dekat dan semakin merapati.Tidak juga mencari asal usul asli yang menarik apa yang diberi dan dikongsi dini hari.

Blogger.

Blogger sempadannya luas hingga dengan izin-NYA  merentas negara juga benua.Merata.Di mana-mana.Dengan teknologi.Dengan idea.Dengan tekad dan rasa.Meluah.Mencoret.Bebas berceritera.Bebas untuk singgah berukhuwah bila-bila masa sahaja.Terbuka berkongsi idea.Terbuka memberi dan menerima pandangan semasa.Namun bersyarat juga.Syaratkan pada diri sendiri.Mulakan menjaga dan kongkong setiap apa yang tidak wajar dikongsi dan disebari.Sebelum asyik menekan kekunci..pastikan hujung nanti bukan kunci azab yang diterima dari tangan kiri.

Blogspot atau memiliki domain sendiri umpama ladang atau kebun yang luas dan bersih.Baik serta berkualiti benih yang disemai..in sha Allah baik anak benih yang tumbuh.Berkualiti juga hasil yang bakal dituai.Risiko diserang perosak itu sentiasa ada.Atasilah dengan sabar dan bijak.Adakala hujan.Tiba-tiba kemarau.Tenang.Nanti bila pelangi muncul ianya mengubati.Aamiin.

Blogger Sempadannya Luas Namun Bersyarat

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

8 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Harap apa yang blogger kongsikan memberi manfaat pada pembaca.

    BalasPadam
  2. semoga apa yg kekal di dalam blog bermanfaat kepada semua..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Menjadi kekal juga sebagai hikmah hingga di akhirat.😊

      Padam
  3. betul sangat setuju..perlu tinggi disiplin diri..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ketika berkongsi mahu asingkan emosi itu sukar Cikgu.😊

      Padam
  4. semua nyer dari jari jemari.
    aida sentiasa tanya chief editor, mr.asben, "ok x blog i?".
    dia la yg akan tgk tgk kan writings aida, PC.
    agar blogging dlm lingkungan yg dia benarkan :)
    luas. namun dia bataskan apa yg patut dan tak patut dipaparkan.

    BalasPadam
  5. Terima kasih atas nasihat dan peringatan..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama