Cubalah Renung-renungkan

CUBALAH RENUNG-RENUNGKAN
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


CUBALAH RENUNG-RENUNGKAN | Garis waktu.Garis kenangan.Garis takdir.Itulah kita manusia.Setiap hari kita sentiasa bergerak seiring waktu.Sentiasa.Hari beganti hari dan masa terus berlalu.Tarikh yang sama tak mungkin terulang hingga ianya terakam menjafi satu kenangan.Dalam setiap kenangan itu ada takdir.Takdir yang sedari awal telah Allah SWT tetapkan..takdir yang terukir dan diwarnai kita juga ada dengan kehendak-NYA.

Kesibukkan yang menuntut kita lebih tertumpu pada pelbagai urusan..atau mungkin dek sedikit alpa seringkali kita manusia lupa untuk memikirkan hal-hal kecil dan ringan.Mahu namun sekadar bagai angin lalu.Atau mungkin disebabkan hal yang cebisan justeru andai kurang berjaya dan tidak berhasil pun impak kesalnya sedikit lewat.Allahu.Andai tidak banyak waktu dapat diluangkan..mungkin cukup sedikit diperuntukkan untuk berfikir dan memuhasabah..cubalah renung-renungkan.

Cubalah renung-renungkan.


Cubalah renung-renungkan.

Misi mahu kurus sering kecundang.Tidak perlu melihat dan bahas di media sosial yang sememangnya sedia maklum ia antara azam nombor satu kebanyakkan orang..dengar daripada sembang santai pun misi mahu menurunkan berat badan menjadi topik panas yang berhujung hangat dan beku akhirnya.Tidak semua.Ada yang panas hingga berjaya mencapai sasaran.Tidak kurang sebaliknya.Masing-masing.Sebenarnya ada yang berusaha menaikkan berat badan.Bagi PC..kembali pada niat asal.Sekiranya kecundang pasti ada sebabnya.Sebut senang.Seiringkan dengan tindakkan sukar.Sekali lagi....kembali pada niat.Sabar.Hati kering.Acah-acah tak berminat bila nampak makanan*PC tak mampu*.Lakukan dengan kaedah yang betul.Sihatlah untuk mudah beribadah.

Hajat atau perancangan tertangguh.Biasa dengarkan rezeki tidak salah alamat.Tidak silap kepada siapa selayaknya juga.Allah SWT SANGAT-SANGAT tahu bila tarikh dan masa yang paling tepat untuk DIA beri dan ambil semula pada kita.Hajat atau perancangan tertangguh..sebut pun dah berasa beratkan tapi tanpa disedari hikmahnya yang sering dipandang sepi.Allahu.Sabar itu berpahala.Mungkin itu cara Allah mentarbiah jiwa-jiwa manusia supaya lebih sedar diri,tidak keras kepala dan keras hati.

Banyak sempit berbanding lapang.Biasanya kita buat sebab kita RASA kita betul.Betullah tu..sebab itulah kita buat..ye tak?.Hakikatnya tidak semua hal atau tindakkan yang kita rasa betul dan lakukan itu semuanya betul.Betul juga kalau ada yang berpendapat "jangan ikut atau dengar sangat mulut-mulut atau cakap-cakap orang"..tapi sebelum semua ditolak tepi..kena tengok juga siapa yang bercakap dengan kita tu.Siapa yang nasihat..beri pandangan dan sebagainya.Banyak sempit berbanding lapang tidak mustahil gara-gara buat ibu bapa kita sedih.Tidak mustahil sebab kita suka kemudiankan Allah.PC pun seorang anak.Anak menantu.Kalau belum berkahwin..cuma ibu bapa sendiri mesti kita sensitif.Bila sudah berkahwin..ibu bapa mertua juga perlu diambil tahu.Dan banyak juga hal lain menjadi punca kita sempit.

Kerap sedih daripada bahagia.Kita boleh mencipta bahagia..dengan cara dan pilihan masing-masing.Bagi PC,gembira itu mudah dicari..namun bahagia sukar dicipta dan dipelihara.Gembira belum tentu bahagia sedang bahagia melahirkan banyak rasa yang berwarna dan berbunga.Sesekali berasa sedih itu wajar.Namun andai kerap sedih daripada bahagia..kembali pada DIA.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

25 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Puasa sunat itu lebih baik kan, pahala kita dapat..sihat pun kita dapat :)

    BalasPadam
  2. semoga kita sentiasa istiqomah melakukan perkara yang baik-baik

    BalasPadam
  3. Bahagia boleh dicari. Bila bahagia semua jadi mudah dan indah.

    BalasPadam
  4. terima kasih. tersentuh dengan ayat ini, Kita boleh mencipta bahagia..dengan cara dan pilihan masing-masing.

    ^_^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama.Kerana cara orang kecapi rasa bahagia..gembira itu tidak sama.

      Padam
  5. Banyak sempit daripada lapang. Setuju sangat dengan apa yang PC nukilan tu kadang-kadang kita tak sedar dah mengguris hati ibubapa dan mertua. Kurang ambil berat walaupun sekadar calling-calling. Itulah yang Allah murka.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin kecil bagi kita..tapi impaknya besar..kalau buat baik kesannya luar biasa.

      Padam
  6. Semoga di tahun ini, kita lebih istiqomah dalam ibadat kita...

    BalasPadam
  7. semua nak cepat..tp cuba tengok diri dulu..apa kau buat..apa kau amalkan..kan PC

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat.kadang kita dapat dari apa tindakkan yang kita sendiri lakukan.

      Padam
  8. Kebahagiaan boleh dirasa bila hati kita bersih. Orang bersedih berpanjangan, siapa tahu dia punya peristiwa pahit yang kita tak tahu, atau kesihatan yang dilalui dari kecil lagi. Selalu beringat padaNYA. Tuhan renung dihati manusia. perlahan-lahan akan berubah mencari kebaikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.Hati itu penting kerana point pertama Allah nilai.Semuanya perlu proses.

      Padam
  9. rasa sebak pula baca ni. reflection memang patut dibuat pada diri kita semua.
    allahuakhbar.. semoga kita semua sentiasa dalam rahmatNya..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Allahu.Setiap hari selagi bernyawa..kita boleh perbetulkan diri..

      Padam
  10. Peramcangan Allah itu lebih indah mungkin ada hikmahnya atas perkara yg Kita x dpt

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat2..Allah mahu hamba-Nya lebih muhasabah diri.

      Padam
  11. renung-renung dan selamat beramal :)

    BalasPadam
  12. senantiasa lah kita merenung masa depan.. smoga smuanya dipermudah. amin

    BalasPadam
  13. Semua insan hidup inginkan bahagia
    walau mungkin bahagia kita tak sama

    BalasPadam
  14. i love ur writing. jemput singgah http://duniataipmenaip.blogspot.com/

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama