بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BILA DIINGAT-INGAT..OII | Seronok untuk mengenang atau imbau kenangan dulu-dulu.Apa yang berlalu dulu banyak menjadi pengajaran dan amaran.Amaran untuk tidak mengulangi dan amaran supaya sentiasa beringat-ingat sentiasa.Kalaulah terlupa,itu perkara biasa kerana begitulah kehidupan.Bersebab kenapa Allah SWT lupakan.
Kadang bila diingat-ingat..oii macam-macam rasa dan perasaan ada.Itulah warna warni perjalanan hidup namanya.Kalau tiada pengalaman kita tak tau.Itulah hikmah bila Allah izinkan sesuatu itu berlaku pada diri kita.
Kadang bila diingat-ingat..oii macam-macam rasa dan perasaan ada.Itulah warna warni perjalanan hidup namanya.Kalau tiada pengalaman kita tak tau.Itulah hikmah bila Allah izinkan sesuatu itu berlaku pada diri kita.
Bila anak-anak mula masuk sekolah..perkara yang dirisaukan adalah bolehkan anaknya beradaptasi dengan persekitaran baru (sekolah tadika masa ni).Dengan cikgu-cikgu.Dengan kawan-kawan.Maklumlah daripada pergaulan sekadar di rumah..menjadi lebih luas ke sekolah pula.Hiihii..dulu mama tak risau PC pergi sekolah sebab PC suka pergi sekolah.Anehnya balik sekolah je mama selalu akan tanya kepala Jua gatal tak.Lepas tu mama suka belek-belek.Rupanya mama risau PC dijangkiti kutu kepala.Dan terbukti akhirnya PC mula menunjukkan perubahan..tapi bukan berjangkit dengan kawan di sekolah tetapi berjangkit dengan anak jiran yang hari-hari datang rumah main dengan PC.Hahahahaha.Nasibbbbb.....nasibbbbb..nasiblah sekejap je sebab mama dapat kesan awal..cepat-cepat sapu ubat kutu.Bila kawan tu datang main tetap main..apa ada hal...lupa bab kutu.
Ada ketika kita cukup menjaga.Ada masa orang lain yang sangat berjaga-jaga.Tapi kalau dah nak kena..kena juga.Walau berjaga-jaga..kalau nak jangkit..berjangkit juga.Namun bila sekolah..kalau sakit itu mudah berjangkit,cikgu akan larang kita pergi sekolah sehinggalah betul-betul sembuh sepenuhnya.Sakit kulit seperti panau,kurap dan kudis..fuhh mudah sangat berjangkit dan merebak.Dah nama budak-budak..bergurau itu dah satu kewajipan.Alimnya waktu ada cikgu.Waktu belajar.Memang alim sungguh-sungguh.Fokusnya lain macam.Waktu rehat bukan main lagi main geletek-geletek..hehehehe.
Ini lagi satu hal..bila nampak saja van KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) datang..fuh rasa gelap langit.Tak kisahlah betapa ayu comel jururawat yang berseragam putih tu berlenggang lenggok dengan senyuman paling manis dan ikhlas...dag dig dug jantung..masing-masing berais tangan.Hahahahahaha..cuba kalau van atau lori Milo yang datang..sanggup minum air masak yang masih setengah botol berbaki..itu nasib baik minum..yang ada air yang berbaki dalam botol air dijiruskan ke pokok bunga depan kelas.Kali ni senyum bukan main meleret lagi kalah jururawat sebelum ni..abang tukang agih air Milo pulak yang dag dig dug..hahahahahaha.
GOOGLE IMAGE
Setiap hari ada sahaja yang Allah SWT izin untuk kita pelajari.Cumanya sama ada kita manusia sedar atau tidak sahaja pada setiap pelajaran yang diberi.Beruntung bagi yang sentiasa sedar dan berusaha perbaik diri sentiasa.Moga setiap apa yang telah,sedang dan akan berlaku nanti sentiasa mewah dengan petunjuk Allah SWT.Aamiin.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai Peribadi
Bila PC citer kisah kutu tu Mrs. A teringat jugak pernah satu masa tu Mrs. A sekeluarga terpaksa guna ubat/shampoo kutu sebab semua dah berjangkit hahahaaaa... tapi mujurlah berjaya projek tu
BalasPadamKutu bila dah mula.. Nangis nak bersihkan. Jawabnya kena kerap guna ubat kutu .Hehehehehe. Sabotage jelah .Dia punya gatal macam nak kopak kulit kepala digaru.
PadamSekolah rendah paling banyak kenangan..cikgu semua garang2..haha
BalasPadamHehehehe. Betul. Cakap pun yang ada lepas je.
Padammmm... Bab kutu hinggap di kepala nie... pening la... Nanti teman godek-godek cari petua orang dulu-dulu...
BalasPadamMemang pening .Lagi satu mudah berjangkit.
PadamBab kutu tu Kak Sue pernah terjangkit sampai masa anak-anak pun jangkit..jenuh juga lah nak hilangkan.. Bab kudis, panau pun satu hal juga.. jenuh ulang ke klinik.. ujian kan..
BalasPadamKan kak Sue. Macam satu cabaran kutu ni. Walau pakai tudung. Tapi boleh jangkit.
Padamkenangan yang manis2 je kita kenang. yang krik krik campak jauh2 tapi amek pengajaran supaya benda tak berulang lagi =D
BalasPadamkenangan.
BalasPadamada pahit. ada manis. ada tawar :) ha ha ha ha...
aida ni cuba terapkan positif kat anak-anak.
kenapa tak dpt? kenapa tak ...? kenapa tak ...?
agar apapun yg terjadi diingat sebagai positif yg bakar semangat diorang menjadi lebih baik.
kekadang, kalau diingat-ingat, tak jadik keje lain! ha ha ha ha ha...