Jiwa Yang Mudah Tersentuh

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Mencair.
Apabila melihat.
Ketika mendengar.
Sewaktu tulus berlisan.
Ya,jiwa yang mudah tersentuh;
Itu mahal.

Jiwa yang mudah tersentuh.
Rapuh bukan kerana lemah.
Tidak juga kerana luntur lebur.
Namun sebenarnya;
Mewah.

Semua orang punya jiwa.
Tidak semua jiwa ada rasa.
Jiwa tidak diukur dengan fizikal.
Tidak disukat dengan akal.
Kerana jiwa;
Asli apa seadanya.
Jiwa Yang Mudah Tersentuh

Murah dengan rasa.
Melimpah dengan air mata.
Tersentuh merasakan.
Di banyak hal dan ceritera.
Kerana rasa yang ada;
Empati.

Jiwa yang mudah tersentuh.
Begitu lembut dan halus.
Sangat tulus berhembus.
Membentuk insan lurus.
Rasa itu menjadi;
Harta.

Jadilah insan lebih baik.
Seiring dengan jiwa yang luhur itu.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

7 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Kak Sue pun sebenarnya jenis mudah tersentuh juga.. tambah yang sedih-sedih.. mau mood down seharian nanti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak Sue.PC pun macam tu juga.Semakin tua ni jadi semakin murah air mata.Mudah sayu hati.

      Padam
  2. JIWA NAN HALUS MUDAH MERASA N EMPATI

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul la kak PI..kadang tengok kucing tepi jalan pun sedihnya la..

      Padam
  3. Jiwa yang mudah tersentuh bukan bererti lemah

    BalasPadam
  4. Mudah tersentuh bukanlah bermakna lemah.. Ramai yang terkeliru..

    BalasPadam
  5. betul tu.. tapi kalau kerja dgn peg beruniform kene kuat mental :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama