بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
LANGKAH BENDUL | Masih ada dan diguna pakai lagi istilah langkah bendul ni.Dulu-dulu PC tak faham pun.Langkah bendul?Apa sajalah langkah bendul ni.Pernah terfikir langkah bendul tu satu permainan macam permainan teng teng tu agaknya.Tapi tak mungkin la pula sebabnya yang selalu sebut orang tua-tua.Aneh.
Aneh bagi orang yang tidak tahu dan tidak membudayakan atau mengamalkan adat ini.Tapi satu hal yang serius bagi yang sentiasa memelihara adat.Bagi PC ini adat.Bila adik-adik berkahwin dahulu sebelum abang atau kakak..adik itu dikira langkah bendul..sekiranya itu berlaku..sebolehnya pengantin haruslah memberi cenderahati kepada abang atau kakak yang belum berkahwin itu.Beruntunglah kalau abang atau kakak itu jenis tidak meminta-minta..kalau sebaliknya..mahu hantuk kepala ke dindinglah jawabnya pengantin.Huhuhuhuhuhu.
Jodoh ni salah satu rezeki yang Allah SWT rahsiakan.Sebab itulah ada orang cepat jodohnya.Ada orang lewat bertemu pasangan hidup.Dan ada juga yang tidak berkesempatan dan kesampaian mempunyai pasangan hidup.Mencari pasangan hidup perlu sabar dan usaha.Mungkin 10 kali bertemu dengan orang yang salah..tapi daripada situ buat kita belajar untuk lebih mengenal,bersedia dan bersabar.Tidak mustahil asalnya cuma berlaga bahu..kalau Allah sudah MAHU..esok lusa terus bersatu.Allahu.
Bila rahsia Allah SWT itu bererti tidak dapat diteka jodoh siapa sampai dulu.Biar pun awak itu seorang adik yang paling bongsu.Ada ibu bapa yang sedari awal berpesan dan sentiasa mengingatkan anak-anaknya berkahwin mengikut turutan untuk saling menghormati dan menghargai satu sama lain dalam adik-beradik.Ada juga ibu bapa sempoi sahaja.Mana-manalah asal betul cara dan selamat semuanya.Langkah bendul..kalau betul budi bicaranya..inshaAllah baik-baik sahaja.Sekiranya silap tindakkannya buruk akibatnya.
Ubah persepsi.Bila langkah bendul bukan bererti adik,anak atau seseorang itu terdesak sangat mahu berkahwin..mula jiran tetangga,pak sedara,,mak sedara,,sepupu sepapat berbisik-bisik belakang pintu bilik mengata..gatallah..mianglah..tergedik-gediklah..gelojohlah..dan apa sahaja yang membayangkan hal tidak manis didengar.Hakikat utama ianya adalah rezeki jodoh..kemudian barulah bergantung pada keperluan dan sebab-sebab yang lain.Lain orang lain alasannya.Dan setiap orang ada sebab yang berlainan.Hati-hati bila mahu bercakap takut tak sempat minta maaf eh terkena batang hidung sendiri.Mesti tak sukakan berlaku begitu.
Tiada salah tiada betul
Jodoh tiba waktu yang betul
Jangan dikutuk yang langkah bendul
Doakan semoga selamat ijab qabul
Tiada salah tiada betul
Jodoh tiba waktu yang betul
Jangan dikutuk yang langkah bendul
Doakan semoga selamat ijab qabul
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Org Melayu ni mmg sinonim dgn perkataan langkah bendul ni. Tp sekarang ramai dah boleh terima, cuma perkataan tu masih disebut2 lagi jika adik bertemu jodoh dulu dari abg atau kakak. Saya pun setuju dgn PC.. yelah, ajal maut jodoh pertemuan tu ditangan Illahi.
BalasPadamAda yang masih teguh dengan adat beri hadiah tu Tn.Tidak boleh tidak.Kita tak tahu rezeki masing-masing termasuklah jodoh jugakan.Asal bahagia tu dah besar nikmat.Alhamdulillah.
Padamkami 8 adik beradik adik ke 3 belum bertunang adik ke 4 dah bertunang dan nak plan nak kawin..alamak adik ke 3 tiga berkeras juga tunggu tak nak langkah bendul katanya..entah apa di fikiran..Jodoh ni dah Allah tetapkan. Akhirnya semua ikut urutan, kakak pertama dulu dan seterusnya ke 8..dah semua berkeluarga ni PC hehehe
BalasPadamhehehehe..bila masing-masing bersetuju ikut urutan pun sebenarnya elok juga Cikgu.Semua puas hati dan gembira-sama.Kadang itu lebih baik sebenarnya.Mak ayah pun tak pening nak tenangkan perasaan abang atau kakak yang kena langkah tu.
Padamjodoh urusan Allah...
BalasPadammacam mana boleh pesan kahwin ikut turutan? kalau faham jodoh itu Allah dah tetapkan dengan siapa dan bila, pasti tak jadi macam ni kan.
BalasPadam