Melangkah Lagi

MELANGKAH LAGI
بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt


MELANGKAH LAGI | Jumaat pertama di hari pertama dalam  bulan Februari.SubhanaAllah.Dah masuk bulan Februari kita.Moga lebih barakah lantaran pembukaannya jatuh pada hari Jumaat indah.Alhamdulillah.


MELANGKAH LAGI

Tiga puluh satu hari menjadi sejarah dan kenang-kenangan.Apa pun corak dan warnanya..bagaimana juga rasa,rencah dan ragamnya..teruskan bersyukur dan gandakan ikhtiar.

Hari ini hitungan hari yang baru.Alhamdulillah kita melangkah lagi.Mahu tidak mahu kita mesti melangkah demi DIA.Untuk kelangsungan hidup.Untuk menjadi hamba atau manusia yang lebih baik dan berterusan dalam kehidupan.

Hidup dengan lebih positif.Lebih mendekati dan lebih memahami.Sentiasa dengan kerendahan hati.Sentiasa juga menyejukkan sanubari.Andai hari ini kita masih mampu bernafas..itu bererti Allah masih memberi ruang dan peluang untuk kita.Tidak kisahlah bagaimana..cari jalan meraih pandangan DIA.

Melangkahlah dengan redha ibu bapa.Moga setiap langkah kita ringan juga dengan redha DIA.Untuk memutar waktu ia tidak mungkin kan berlaku.Mengenang itu satu-satunya cara kita menikmati apa yang telah berlalu.Justeru itu..cuba lalui dan nikmati kehidupan yang entah berbaki barapa banyak dan lama ini dengan sebaik-baiknya.

Salam Jumaat dilangkah pertama Februari.Selawat dan salam juga untukmu Ya Rasulullah.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

15 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. alhamdulillah.
    31 hari aida yg lepas byk positifnya, PC. alhamdulillah.
    trying hard utk tukar rutin kpd yg lebih baik.
    februari hadir hari ni dgn penuh ceria pagi2 td.

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukurlah.Moga yang baik-baik itu berterusan dan dapat dosebarkan..aamiin.

      Padam
  2. Alhamdulillah.. dah sebulan berlalu bagi tahun 2019.. sekejap je rasanya.. Hari ini dah 1 Februari.. semoga semuanya baik-baik sahaja untuk hari-hari yang mendatang..

    BalasPadam
    Balasan
    1. diam tak diam kan..cepat masa berlalu.betul..moga semuanya Allah SWT beri kebaikkan.

      Padam
  3. Salam Jumaat PC. Redha Allah terletak pada Redha ibu bapa. Hormati dan sayangi mereka dengan selagi berpeluang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam Sabtu kak.Betul,selagi boleh,selagi berdaya raih redha mak ayah kita.

      Padam
  4. Alhamdulillah. Salam Jumaat dan Salam Februari :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. syukur.Salam sabtu dan selamat melangkah ke bulan kedua juga ya.

      Padam
  5. Saya suka bulan febuari dan semoga kita semua diberkati kesihatan yang baik. Dan moga dilimpahkan rezeki juga :)

    BalasPadam
  6. cepat sangat kan masa berlalu. macam baru semalam dok exchange happy new year nye wishes..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul.rasa macam baru semalam juga tengok kalendar 2019..dah masuk Februari

      Padam
  7. Alhamdulillah, semoga hari-hari yang mendatang menjadikan kita sebagai hambaNya lebih baik dari yang sebelum..

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama