Niat Baik Jadi Tidak Baik

بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم 
Assalammualaikum wbt

NIAT BAIK JADI TIDAK BAIK |Berniat sahaja pun dah dapat pahala.Kalau niat yang baik itu diadabtasi kepada perbuatan atau tindakkan inshaAllah berganda la ganjaran kebaikkannya.Allahu.Sayangnya Allah pada kita.Balaslah dengan rasa kecintaan luar biasa.Tapi janganlan niat memanjang..buatnya tidak.Niat dan usahakan untuk buat juga.Selaraskan.Aamiin.

عَنْ أَمِيرِ الْمُؤْمِنِينَ أَبِي حَفْصٍ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ قَالَ: سَمِعْت رَسُولَ اللَّهِ يَقُولُ: “إنَّمَا الْأَعْمَالُ بِالنِّيَّاتِ، وَإِنَّمَا لِكُلِّ امْرِئٍ مَا نَوَى، فَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ فَهِجْرَتُهُ إلَى اللَّهِ وَرَسُولِهِ، وَمَنْ كَانَتْ هِجْرَتُهُ لِدُنْيَا يُصِيبُهَا أَوْ امْرَأَةٍ يَنْكِحُهَا فَهِجْرَتُهُ إلَى مَا هَاجَرَ إلَيْهِ”

Daripada Amirul Mu’minin Abu Hafs, Umar bin Al-Khattab Radhiallahu’anhu, katanya: "Aku mendengar Rasulullah Sallallahu’alaihiwasallam bersabda: ‘Bahawasanya segala amalan itu adalah dengan niat, dan setiap orang mendapat (pahala) berdasarkan apa yang dia niatkan. Sesiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasul-Nya, maka hijrahnya itu adalah bagi Allah dan Rasul-Nya. Sesiapa yang berhijrah kerana dunia yang dia ingin memperolehinya atau kerana seorang perempuan yang dia ingin menikahinya, maka hijrahnya itu adalah kepada apa yang dia niatkan."(Hadits Riwayat Bukhari dan Muslim)Bacaan dan KREDIT
Setiap perbuatan itu bermula daripada niat.Solat tidak niat tidak sah.Puasa,ambil wudhuk,mandi hadas besar,mandi sunat dan lain-lainnya juga..dimulakan dengan niat..dan niat utama adalah kerana Allah SWT.

Niat dan tekad ada beza.InshaAllah lazimnya niat menjadi acuan pada perbuatan.Kalau tersasar pun bila ingat semula niat perlahan-lahan kita akan cari laluan yang betul untuk pulang.Berbanding dengan tekad..terkadang ianya dicampuri dengan emosi yang berwarna warni dan menurut panas dihati.Memang tawakkal tapi tawakkalnya ganas dan tidak bertempat..terkadang silap tempat juga.

Niat tu yang tahu kita dengan Allah.Sama ada baik atau sebaliknya niat kita atau seseorang itu.Walau perkara apa yang diniatkan telah atau sedang dan akan dilakukan.Niat baik jadi tidak baik banyak berlaku dan sangat mudah terjadi.Kenapa niat baik jadi tidak baik?..bagi PC mudah sahaja..kerana pemahaman,penerimaan setiap manusia berbeza-beza.

Contoh;

Bila satu gambar menu dan lain-lain di kongsikan dalam group whatsapp..
A tengok : "menunjuk"
B menilai : "macam bagus sangat"
C menterjemah : "rezeki dikongsi bersama walau dengan gambar"
D bermonolog : "minta resepilah boleh cuba buat"
E berdebat diawal-awalnya dan hujungnya buat tidak tahu kerana telah hadam sikap orang itu dan malas nak layan.

Nampak tak..dan niatnya cuma pengirim gambar tersebut dengan Allah SWT sahaja yang tahu.Moga-moga jadi tidak baiknya itu bukan kita dan kita cubalah hindarinya.Jangan mudah meretakkan kebaikkan yang kita lakukan dengan persepsi.Jangan juga mencampak umpan agar orang lain menjadi terheret pada aura yang kurang baik.Sama-sama jaga diri.Jaga hati.Jaga akal.

Niat Baik Jadi Tidak Baik
GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT
PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. perkara biasa...

    kalau yang wajib ditunjuk tak pe.

    masalahnya perkara sunat tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zaman sekarang bukan setakat yang sunat..yang haram pun dah menjadi perkara biasa seolah tidak ada apa-apa.

      Padam
  2. bab menunjuk ni paling susah sebab banyak persepsi. kadang niat niat untuk berkongsi tapi selalu di salah tafsir sebagai menunjuk. tapi Allah yang lebih mengerti.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu kak Ana.Persepsi yang tak baik tu yang merosakkan.Berbalik pada hati.Kalau beranggapan baik maka baiklah jadinya.

      Padam
  3. Mudah mudahan dijauhkan Dari sifat negatif

    BalasPadam
  4. Yang penting niat kita Allah saja yang tahu..

    BalasPadam
  5. Tulah dunia sekarang.. malah ada yg ditujukan kpd pihak tertentu utk tujuan baik, tp pihak lain yg tiada kena mengena pula jadi negatif. Moga Allah jua yg melindungi dan memberikan jln yg terbaik.. aamiin.

    BalasPadam
  6. Betul sangat tu persepsi manusia pelbagai.
    Kadang niat kita baik tapi disalah tafsir.

    BalasPadam
  7. Niat yang baik tak semesti hasilnya baik
    Setiap orang mempunyai persepsi yang berbeza.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama