بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
ADA SEBABNYA BILA | Sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya.Tuhan mengizinkan sesuatu perkara itu berlaku pasti ada sebabnya juga.Itu antara Tuhan dengan manusia..dengan sekalian makhluk di langit dan di bumi.
Sesama manusia.Setiap apa yang dilakukan manusia baik pada diri sendiri..atau sesama manusia lain juga mesti ada alasannya.Tidak kiralah sama ada alasan yang diberi kukuh atau sebaliknya..bernas atau juga sebaliknya.Namun pasti bersebab.Walau dikatakan alasannya cuma sekadar untuk suka-suka.YA,suka-suka itu menjadi alasan bagi sestengah orang.Maka tidak hairanlah ada manusia yang sesukanya hati buat orang lain rasa marah.
KREDIT GOOGLE IMAGE
Marah?!?.Ada sebabnya bila seseorang itu marah.Sangat jarang berlaku pada orang yang waras dan normal marah sesuka hati tanpa sebab.Melainkan telah begitu lama mengawal kadar kesabarannya dan telah begitu lama bertolak ansur.Sabar itu tiada sempadan.Namun kemampuan manusia untuk bersabar itu mempunyai skalanya.Sampai skala kusut makan meletuslah ia.
Meletusnya kesedihan juga ada sebabnya.Bila apa yang cuba dibendung sudah tidak terbendung.Apa yang cuba ditahan sudah tidak tertahan makan akan menangislah seseorang itu.Dua.Kerana terlalu kecewa..Atau menangis kerana terlalu gembira dan bahagia.Tidak mustahil terbawa-bawa dengan pengaruh persekitaran semasa.
Ada banyak sebab.Sangat banyak sebab sesuatu itu terjadi dan dipilih untuk dilakukan.Apa pun alasan ada sebabnya bila melakukan sesuatu..jangan sampai merosakkan diri..agama dan bangsa.Jangan hanyut dengan logiknya akal kerana akal sendiri mesti dipandu dan diacuankan oleh hukum..syarak serta syariat.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Setiap sebab yg terjadi ada hikmah. Tapi yg penting permulaan yg kita rancang biar sejajar dengan ajaran Islam.
BalasPadamSejajar dengan ajaran Islam itu yang paling penting kan kak..setuju.
PadamBetul...Kun Fa Ya Kun...setiap yang berlaku Allah yang maha mengetahuinya...
BalasPadambetul sangat-sangat sis.
PadamBaca ni teringat pulak semalam Mrs. A tersalah tranfer fund huhuhuhuuuu...
BalasPadamNak legakan hati pujuk diri dan ingatkan diri ini.
Pasti ada sebabnya tu kannn... #redho
InshaAllah..betul kak.Moga Allah lipahkan rezeki akak..udahkan setiap urusan akak juga.
PadamSESUATU YG BERLAKU PASTI ADA HIKMAHNYA YG TERSEMBUNYI
BalasPadamSetuju kak PI..cuma kena sabar sentiasa.
PadamSetiap yg berlaku itu ada hikmahnya. Memanglah hati manusia ni nak yg baik2 bagi dia je.
BalasPadamSetuju Cikgu AK..hikmah ni ibarat pelangi lepas hujan...
PadamSetiap perkara yg berlaku pasti ada hikmahnya. Allah tidak sesekali menganiaya hamba2Nya.. Allahuakbar.
BalasPadamSetiap apa yang Allah susun pasti ada hikmahnya kan PC..
BalasPadam