بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
BENARLAH..TIDAK BOLEH DISANGKAL | Sebaik mana pun kita menjaga kesihatan..sesekali penyakit menyerang juga.Sejauh mana pun kita berhati-hati dan berjaga-jaga ada ketika terlalai juga.Bagaimana bertegas dan berkeras pun pendirian atau perinsip kita..air mata menitis juga.Manusia tetap manusia tidak boleh menongkah arus.
Berlarilah sekuat mana..sampai detik kelelahan juga.Melompatlah setinggi mampu sampai titiknya keletihan juga.Bersuaralah sederas apa pun..tekak itu akan berasa kering dan sakit akhirnya.Kerana setiap satunya ada had yang mesti dipatuhi dan diterima telah ada pada ketetapan.
Benarlah..tidak boleh disangkal;
Tidak ada daya dan kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah.Hakikat untuk semua manusia terima dan pegang erat-erat.Pasakkan dalam minda dan jiwa.Apa sahaja segala bentuk usaha itu sekadarnya sahaja..sebenarnya..semuanya adalah pertolongan Allah SWT.Usaha kita lakukan dan nampak.Sedangkan pertolongan Allah itu tidak semua orang sedari dan sering dilupai.Justeru mengapa segelintir manusia mengatakan "semua kerana usaha"..walhal ianya bukan begitu.
Manusia tidak pernah tahu yang mana lebih memberat..boleh jadi usaha yang dirasakan sudah cukup banyak itu membuahkan hasil sedangkan boleh sahaja terjadi di mana tiada satu pun usaha yang menjadi sebaliknya semua kerana pertolongan Allah SWT daripada cara atau arah yang berbeza..daripada juga balasan kebaikkan yang pernah kita lakukan tetapi sudah luput daripada ingatan kita..sedangkan Allah tidak pernah lupa setiap baik atau buruk yang telah manusia lakukan.
Jangan malu minta pertolongan daripada Allah.Itulah besarnya peranan ibadah dan doa.Dalam setiap doa itu mewah dengan meminta-minta..yang DIA paling suka daripada hamba-hambaNYA.Meminta-minta PERTOLONGAN DARI-NYA.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Allah sebaik baik tempat meminta pertolongan.. Tak perlu malu meminta kan.. Kita je kadang lupa yang Allah sentiasa ada
BalasPadamBetul Husniey. Kalau minta dengan manusia . Lama-lama berbunyi jadi benci . Tapi bila minta dengan Allah SWT itulah yang paling DIA suka dan nanti2 dari kita.
PadamIn shaa Allah...berusaha sedaya upaya
BalasPadamAamiin. Moga dikabulkan.Jangan berhenti meminta pertolongan dariNYA.
PadamHasbunallah waniqmalwakil. Allah sebaik2 tempat pertolongan. Kita dah doa dan usaha selebihnya terserah pada Allah utk tentukan apa yg terbaik untuk kita.
BalasPadamBetul Kak. Minta jangan stop. Selebihnya biar Allah susun ikut selayaknya untuk kita.
Padamamat tepat sekali PC
BalasPadamTerima kasih kak.
Padam