Bila Tidak memilih Kerana...

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Bila tidak memilih kerana;

Rupa
Allah gantikan kecantikkan itu daripada hatinya.

Harta
Allah hadiakan rasa mewah dan bahagia biarpun dalam sederhana.

Tinggi ilmu
Allah cerahkan hati dan fikirannya mengingat dan faham banyak perkara.

Manusia.
Terimalah apa adanya.
Tidak bererti tidak boleh ada citarasa.
Bukan tidak boleh memilih-milih apa yang disuka.
Ingat.
Bukan tidak boleh.
Terkadang pilihan manusia beratnya ke nafsu belaka.
Justeru mengapa Allah tangguh apa manusia mahu.
DIA beri dahulu apa yang manusia paling terlebih dahulu perlu.

Namun.
Pertama-tama.
Pilihlah kerana agamanya.
Andai diri tercampak dilembah hitam gelap yang pekat.
Moga ada yang mencari menarik rentap.
Mengakui andai dahulu ada kebaikkan yang telah dibuat.
Sudi menjadi penjamin yang tegap.

Di dunia bertemu.
Mahunya di akhirat bersatu.
Tidak semudah-mudahnya begitu.
Banyak pilihan dihamparkan satu-per-satu.
Boleh jadi manusia lupa janji di dunia dulu.
Bila tidak memilih kerana dunia.
Moga nanti tetap bersama.
Bersama keluarga.
Semua.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

17 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. inshaAllah, sama-sama kita berusaha ke arah menjadi yang lebih baik ^_^

    BalasPadam
  2. insyaAllah semoga menjadi lebih baik

    BalasPadam
  3. InsyaAllah mudah-mudahan kita semua bertemu di syurga. Amin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. InshaAllah. Bahagia dalam erti yang sebenar .

      Padam
  4. Sekarang orang memilih kerana rupa pangkat dan harta.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lazimnya. Sayangnya itu semua ujian dan sementara.

      Padam
  5. MOGA PERTEMUAN SEMULA DALAM DAMAI BHGIA

    BalasPadam
  6. Semoga di dunia kita bertemu dengan baik , dan bersatu di syurga kelak.. InshaAllah. AAMIN

    BalasPadam
  7. Good sharing PC.. semoga kita semua bertemu di syurga Allah.. aamiin ya rabb..

    BalasPadam
  8. Sesungguhnya Dia lebih mengetahui dan Maha Berkuasa..
    Sangat menyentuh kalbu..

    BalasPadam
  9. Terima kasih atas peringatan ini PC. Semoga sama2 kita semua sentiasa menuju ke arah kebaikan dan kejayaan yg dirahmatiNya.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama