Di Setiap Garis Halus Itu

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

Di setiap garis halus itu.

Mulanya halus kecil dan sedikit.
Sangat sedikit.
Tidak terlihat.
Jauh sekali tergaris di mana-mana.

Ada.
Tetap ada.
Sentiasa ada.
Kian hari garis halus itu kian bertambah.
Kian meluas.
Kian mendalam terlihatnya.
Banyak membiak.
Tidak pun dihirau.
Ada misi dan visi lebih utama.

Di setiap garis halus itu.
Ada kisahnya.
Banyak juga ceritanya.
Menjadi alur keringat mengalir.
Saksi perit pedih cabaran kehidupan.
Jenteranya tulang empat kerat.

Selari usia yang bertambah.
Seiring beban yang digalas.
Garis halus mustahil untuk ditutup kemas.
Biarkan ia berseni.
Di sana sini.
Menjadi bukti dan saksi.

Percayalah.
Di setiap garis halus itu ada pengertiannya.
Ada ganjarannya luar daripada biasa.

Di Setiap Garis Halus Itu
KREDIT GOOGLE IMAGE

#sama-sama mencari redha Allah SWT






PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

10 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Dari tegang menjadi kendur
    Garisan demi garisan jelas terlihat
    Selagi bernyawa dan selagi ada umur
    Mudah-mudahan tidak terlalai mengerjakan ibadat...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin.. Aamiin..Aamiin. Betul. Dalam melunas setiap tanggungjawab.. Tanggungjawab terhadap Tuhan jangan diabai.

      Padam
  2. Sayuu bila lihat garis halus di wajah ibu bapa kita.. 😥😢

    BalasPadam
  3. Yg halus kan jadi kendur
    Yg licin kan jadi berkedut
    Yg muda kan jadi tua
    Dan seterusnya. Semoga amalan kita juga dari sedikit kan jadi lebih baik dr sebelumnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju. Betul tu .Amalan itu makanan dan modal untuk hidup di akhirat kelak.

      Padam
  4. Lumrah kehidupan
    Usia yang panjang biarlah amalannya pun bertambah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Aamiin. Bukan untuk disia-siakan tapi dimanfaatkan.

      Padam
  5. garis halus..tak apa itu lah bukti bahawa kita diberi kesempatan di Dunia ini. Semoga tenang hadapi usia masing2.Sedap sekali sajak ini

    BalasPadam
    Balasan
    1. Moga garis itu menjadi saksi nanti. Dan kita gunakan usia yang ada untuk lebih taat padaNya.

      Padam
Terbaru Lebih lama