بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
ELAK BUAT LEBIH BAIK DARIPADA TAUBAT | Manusia.Lelaki.Perempuan.Tua.Muda.Memiliki harta yang banyak.Hidup sederhana dengan kecukupan.Sesiapa pun manusia-manusia ini yang hidup di muka bumi Allah SWT..andai melakukan khilaf itu bukan satu yang asing dan aneh.Umat Rasulullah SAW..umat akhir zaman yang terdedah dengan pelbagai pancaroba kehidupan.Diasak dengan pelbagai dugaan.Dihidangkan dengan bermacam kemudahan,kesenangan dan kenikmatan yang luar biasa.Luar biasa yang jika keterlaluan membinasa sesiapa pun sahaja.
Bukan beerti hari ini kita jahil selamanya menjadi jahil.Tidak bermakna detik ini kita lalai hingga hujung nyawa terus dalam kelalaian.Syaratnya buka minda dan lapangkan hati cari,minta hidayah daripada Allah SWT.Sebelum daun yang tercatat nama kita pada pohonnya gugur.Minta Allah sedarkan kita lebih awal..ya lebih awal daripada tibanya Malaikat Izrail menemui kita*takutnya..Ya Allah*.
Antara ujian terbesar manusia adalah bagaiamana mahu mengurangi catatan dosa.Menjadi cabaran juga adakah mampu mengosongan terus buku catatan sebelah kiri itu dengan seribu satu dugaan yang bersilih ganti.Setiap detik terdedah dengan bermacam itu ini.Allahu Allah.Ya Allah.
Mencegah itu lebih baik daripada mengubati begitu juga elak buat lebih baik daripada taubat.Contoh..memfitnah,berzina*zina mata juga*,mencuri,mengumpat mencaci..selagi mana boleh dielak usahakan betul-betul untuk tidak melakukan perkara tersebut kerana mahu bertaubat bukan satu hal yang mudah.Ya,bertaubat itu sangat bagus dan Allah sangat suka kepada insan yang sentiasa bertaubat mohon kempunan kepadaNYA sentiasa..waima Rasulullah SAW yang dijamin syurga Allah dan terhindar daripada dosa pun tidak lekang daripada lakukan solat sunat taubat.
Bukan mudah melunas taubat nasuha.Bukan bermakna tidak boleh dilakukan juga.Namun adalah lebih baik kita melakukan taubat..dan bertaubat kepada Allah dalam usaha menhapus dan menggugurkan dosa-dosa kecil berbanding mahu memadam dosa-dosa besar kerana sedikit sebanyak ianya menghantui fikiran dan perasaan.Pun begitu..istiqhamahlah dalam memohon keampunan daripada Allah SWT.InshaAllah moga bersinar seluruh anggota kita bila berdiri di hadapan Allah kelak.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
betul tu.. semoga kita dihindari dari melakukan dosa..
BalasPadamAamiin.. Aamiin.. InshaAllah.
PadamTerima kasih untuk ingatan.
BalasPadamSama2.
PadamBaca tentang taubat ni, rasa tak sabar betul bulan Ramadan. Bulan itu sungguh tenang.. Banyak beribadat dari biasa.. Moga Allah ampuni dosa kita
BalasPadamBetul sangat-sangat.bulan untuk umat lebih mendekat.
PadamAllah memberi peluang kita bertaubat selagi kita bernyawa.
BalasPadamBetul sangat PC.. Jangan selalu melengah taubat sementara pintu taubat masih terbuka..
BalasPadamSemoga kita menerima keampunan dariNya..
Semoga Allah terima taubat kita semua sama ada dosa yg nyata atau pun tersembunyi. Mudah2an sentiasa didorong memperbaiki diri selagi hayat dikandung badan.. aamiin.
BalasPadamAemoga Allah terima taubat kita..
BalasPadam