بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
HINDARI | 15 Rejab 1440H hari ini.Jumaat ketiga dibulan Rejab.SubhanaAllah.Alhamdulillah,Allah SWT masih mengizinkan kita menikmati kehidupan ini.Sampai bila..hanya DIA yang MAHA MENGETAHUI.Hargai setiap detik kesempatan yang diberi.
Terdedah dengan pelbagai perkara atau anasir sama ada yang baik atau sebaliknya satu kemestian untuk kita hadapi.Mahu tidak mahu tempuhi.Tiada kebetulan melainkan telah rapi dan indah DIA susun..NAMUN..usahalah hindari andai perkara itu salah dan berdosa.Itulah gunanya akal dan iman.Itulah gunanya juga ilmu dan amal..menjadi penebat atau benteng melindungi kita pada waktu dan keadaan yang sepatutnya.
Tidak semua orang berpeluang menemui hari Jumaat setiap minggu.Hargailah dan jangan cemari penghulu segala hari ini dengan perkara yang tidak baik.Kalau dihari-hari lain sepanjang minggu tidak begitu kita menjaga..hari ini hindari sedaya upaya apa yang sia-sia..Gandakan setiap perkara kebaikkan.
KREDIT GOOGLE IMAGE
Salam Jumaat indah dan barakah untuk semua..Cuti sekolah sudah pun bermula dibeberapa negeri..dan menjadi hari terakhir sesi persekolahan juga untuk negeri lainnya sebelum mula bercuti pada hari esok.Selamat bercuti anak-anak dan adik-adik..
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Salam jumaat :)
BalasPadamsemoga kita dijauhkan dari anasir jahat
BalasPadamhargai setiap peluang dan ruang yang diberikanNya dan menahan diri dari perkara dan perbuatan yang tidak bermanfaat in shaa allah
BalasPadamHari Jumaat penghulu segala hari.. hari yg dimuliakan dan banyak kelebihan serta keistimewaannya... subhanallah.
BalasPadam