Jangan Dikata Kurang Kasih Sayang

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

JANGAN DIKATA KURANG KASIH SAYANG | Perkara paling mudah dan sangat selalu orang lakukan adalah menuding jari dan membuat kesimpulan.Sangat-sangat cepat dan ringan sahajalah mulut dan jari jemari mentebarkan.Macam lupa pula ada keluarga sendiri yang perlu lebih diperhatikan dan dijaga.

Masalah gejala sosial.Tidak kiralah dalam kes apa sekalipun..bukan sahaja pelakunya daripada golongan remaja...sebenarnya orang-orang dewasa dan tua juga turut ada yang terjerumus sama.Jangan dikata kurang kasih sayang.Tidak semua sebabnya sama sesuatu itu berlaku pada sesiapa pun manusia itu.

Kenapa;

Kasih sayang,perhatian,menghargai dan bertanggungjawab adalah satu perkara yang sangat subjektif sebenarnya.Lain orang lain kaedah yang digunakan dan ditunjukkan.Dan kita mesti bijak dan matang dalam menilai serta peduli akan cara ibu bapa atau keluarga menunjukkan rasa hati mereka.Ada orang tunjuk kasih sayang dengan memberi hadiah.Ada pula yang sentiasa ikuti perkembangan kita dalam senyap kerana mahu beri perhatian.Tidak bererti bila sebut beri kasih sayang,perhatian,menghargai dan bertanggungjawab itu wajib seratus peratus di hadapan mata atau ikut rapat ke mana sahaja.Nanti akan timbul pula isu dikongkong.Dan sekiranya seperti tidak acuh itu boleh disimpulkan tidak sayang.

Berbalik kepada hati sebenarnya.Semewah mana pun penjagaan psikologi diberi..bila anak-anak atau sesiapa sahaja melangkah keluar daripada rumah untuk bersosial..itu bererti risiko mendekati.Tidak mustahil juga diri sendiri yang mencari risiko itu.Bersyukurlah kalau biar kaki melangkah namun hatinya diikat kuat dengan setiap nasihat ibu bapa..didikan agama dan keteguhan iman..itu bererti kasih sayang mengetatkan dan mengecilkan langkah yang dilakukan..namun andai sebaliknya itu sebenarnya kerana rapuhnya diri sendiri.

Jangan Dikata Kurang Kasih Sayang
CREDIT GOOGLE IMAGE

Ingat ya..tidak semua yang melakukan kesalahan itu kerana kurang kasih sayang ibu bapa atau keluarga biarpun ianya tidak mustahil menjadi salah satu daripada banyaknya asbab.Ingat juga berapa ramai yang terabai hujungnya menggapai kejayaan.Sebenarnya semuanya berbalik pada diri sendiri.Tali mana yang dipegang.Sekuat mana tali itu digenggam.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

12 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. setuju dengan penulisan PC. Terlebih kasih sayang pun boleh juga menjadi pemusnah. Semuanya bergantung kepada diri manusia itu sendiri dan ketentuan Ilahi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terkurang menjadi sebab.Terlebih juga menjadi sebab.Sebab utama diri sendiri..dan ya,,semua telah Allah aturkan.

      Padam
  2. setuju dengan perkongsian PC.. kurang kasih sayang tak semestinya akan hanyut.. Ada je yang berjaya.. semuanya berbalik pada hati dan pegangan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan Sha..bagi orang yang boleh menilai..semuanya boleh dengan izinNYA.Tapi kalau tidak mahu..mencari pelbagai alasan.

      Padam
  3. Kadang dah cukup dah semua - kasih sayang, pendidikan agama, perhatian tp pengaruh rakan2 tak dpt dielakkan. Kena pantau selalu ahli keluarga kita kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat kak..sebab tu PC kurang berkenan bila dengar orang cakap kurang kasih sayang ibu bapa atau keluarga..kerana zaman sekarang semuanya mungkin.

      Padam
  4. Setuju tu PC.. kadang semua dah cukup tapi diri sendiri tak cukup kuat dengan ujian yang Allah datangkan pada kita.. tapi Kak Sue tak nafikan ada juga yang kurang kasih sayang depa jadi perangai pelik-pelik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul kak..terlebih atau terkurang kasih sayang antara sebab..faktor lain pun membantu dan menghasut juga perubahan seseorang bertingkah laku.Moga Allah sentiasa jaga kita semualah.Aamiin.

      Padam
  5. Suka baca apa yang PC tulis. Semuanya berbalik kepada hati kita juga, kan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. terima kasih..betul..sebab rasa seperti tidak adil kalau asyik menyalahkan ibu bapa atau keluarga semata-mata..

      Padam
Terbaru Lebih lama