بِسْـــــــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم
Assalammualaikum wbt
KAWALLAH KENYARINGANNYA | Ada orang boleh saja berada dipersekitaran yang bising. Dan ada manusia sebaliknya.Ada yang boleh dan pandai sesuaikan diri dengan situasi.
Minat dan penerimaan individu tidak sama..ada tahap-tahapnya.Ada yang bahagia bila dengar muzik yang kuat. Ada yang rimas dan lemas dengan audio yang sarat. Begitu jugalah berapa perlunya setiap kita mesti kawal kenyaringan suara ketika bercakap atau bersuara disebabkan apa pun.
Suara manusia berbeza. Ada yang memang nyaring walau bernada rendah ketika bercakap. Tidak kurang yang memang sangat perlahan tetapi jelas.Apa yang menjadi masalah adalah sentiasa high volume setiap masa dalam semua situasi percakapan.Allahu.Sangat mencabar.
Kawallah kenyaringan ketika bercakap kerana tidak semua orang mahu, suka dan boleh dengar.Lebih-lebih lagi andai yang disebut itu peribadi dan melibatkan hal atau urusan sensitif. Jaga aib.Berbicaralah dengan adab. Tak rugi pun.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
Terima kasih atas ingatannya PC ...
BalasPadamSama-sama Sis Lin.Moga bermanfaat ya :)
PadamKalau tengah marah tinggilah volumenya
BalasPadamKalau tengah bercinta lembut gigi dari lidah
Hehehehe..peningnya bila marah tak marah volumenya sentiasa tinggi..tak ada beza..:)
PadamDAH BERUSIA NI PENDENGARAN SEMAKIN LEMAH
BalasPadamPaling penting terus sihat..aamiin.
PadamSebelum berbicara perlu prihatin dengan keadaan persekitaran, risau juga apa yg kita pertuturkan mengganggu orang lain.
BalasPadamBetul sangat.Ikut suka itu sangat berbahaya.
PadamHusniey juga kurang suka keadaan bising, rasa rimas.. So memang elak keluar ke tempat ramai orang ,😁
BalasPadam