Kerana Menghukum Takut-takut Terhukum

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

KERANA MENGHUKUM TAKUT-TAKUT TERHUKUM | Memberi pendapat atau membahas sesutu isu atau perkara tajuk itu sangat menyeronokkan.Banyak pendapat..maka lebih banyak input diperolehi secara tidak langsung.Rasa tidak suka itu tolak dan letak tepi terlebih dahulu.Sama-sama raikan pandangan atau pendapat.Tetap ianya tidak semudah itu..rasa mahu mempertahankan dan rasa sentiasa betul itu seringkali memercikkan api kemarahan hingga terjadinya pergaduhan atau perselisihan faham.

<img src="metrobali.com/wp-content/uploads/2016/07/Ilustrasi-Pensiunan-TNI-diikat-perampok.jpg" alt="Related image">
CREDIT GOOGLE IMAGE
Perselisihan faham dan tidak sealiran pendapat..kalau diperhalusi dan diambil dari sudut yang betul ianya tidak akan menjadi parah.Ada orang berselihan faham hanya pada satu-satu perkara sahaja tidak secara keseluruhannya.Ada juga sebaliknya semua jadi kait mengait terbawa-bawa hingga bertahun-tahun lamanya.Sangat tidak sihat dan berbahaya keadaan seperti itu.

Apabila mula membahas tidak langsung akan banyak fakta dan hujahan ISA..'IKUT SUKA AKU'..ada yang yang dibahas itu berdasarkan fakta..namun tidak kurang mengikut pandangan peribadi masing-masing.Apa yang paling bahaya adalah membuat kesimpulan terlebih dahulu kerana menghukum takut-takut terhukum nantinya.Sesiapa pun yang disangka bersalah..atau telah ditetapkan sebagai pelaku khilaf...andai melibatkan urusan undang-undang,biarkan undang-undang yang melayakkan ke mana dan apa hukuman selayaknya..sekiranya kita berasa orang lain keterlaluan..doakan sahaja moga dia insaf dan berubah.Selain itu cukup Allah SWT yang menghukum dan menilainya jangan kita ambil alih tugas Allah SWT.

#sama-sama mencari redha Allah SWT 

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

14 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Betul tu. Perkara macam inilah kita kena lebih berhati-hati. Tak boleh sesuka hati nak menghukum orang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Takut dosa dia kita ambil..pahala kita dia ambil..

      Padam
  2. Sering sekali memang, masalah kecil jadi besar, mengait kemana-mana

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itu yang bahaya sangat..akan lebih ramai yang terjebak akhirnya.

      Padam
  3. salah hokum yg tak berdosa jd mangsa.. bahayanya kalau tak selidik dgn hati2

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..orang teraniaya..kita tanggung dosa fitnah.

      Padam
  4. Kita terlalu cepat sangat menghukum tanpa selidik terlebih dahulu...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul..mungkin kerana terlalu yakin diri sendiri sudah betul dan tahu semua perkara..walhal tidak.

      Padam
  5. Nauzubillah jgn Kita sampai terlebih batasan

    BalasPadam
  6. Raikan semua pendapat yang dibuahkan melalui perbincangan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Itulah yang terbaik..untuk diri sendiri dan orang lain juga.

      Padam
  7. Bila ego melebihi kebenaran, byk yg sanggup bertegang urat dari berdamai. Masing2 rasa diri mereka je yg betul.

    BalasPadam
  8. Betul tu.. siapa kita untuk menghukum, apatah lagi bila kita tidak tahu apa sebenarnya alasan punca sesuatu perkara itu berlaku. Semoga Allah sentiasa melindungi kita semua dari menghukum yg tidak sewajarnya.. aamiin.

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama