Laptop.Tablet.Telofon Pintar

بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ الرَّØ­ِيم 
Assalammualaikum wbt

LAPTOP.TABLET.TELEFON PINTAR | Satu masa dulu PC cuma menggunakan komputer biasa.Asal lengkap PC..monitor tidak tergedik-gedik goyang..ada CPU yang baik dan printer yang memuaskan hati.Hui bahagia sangat.Tidak peduli pun dengan telefon pintar..asal ada telefon biasa yang budak-budak zaman now panggil telefon sendal pintu..itu pun dah bangga sangat-sangat.Sendal pintu itulah yang banyak berjasa pada PC dan rakan-rakan seangkatan usia PC pun.Tablet.Ah jauh sekali.Tapi apa yang menariknya PC dan rakan-rakan seusia dan dilingkungan tahun akhir 90an..awal 2000 sentiasa menikmati rezeki dan mensyukuri dengan cara masing-masing dan paling maksimum.Lagi pun ketika itu teknologi dalam telekomunikasi baru sedang mahu bercambah.Syukurlah.

Terkadang ada baiknya lewat mengecapi kerana akan tercipta banyak kenangan indah luar biasa.Jangan takut kalau dianggap sedikit ketinggalan kerana selagi kita mahu berlari dan mencari...selagi itu peluang untuk menikmati sentiasa ada dan terbuka luas.

KREDIT GOOGLE IMAGE

KREDIT GOOGLE IMAGE

Laptop.Tablet.Telefon pintar.Kepesatannya direkacipta seperti cendawan tumbuh selepas hujan.Baik yang asli mahupun yang tiruan.Sama ada dipasaran terang atau dipasaran gelap.Sama ada diperolehi secara halal atau secara haram.Bukan satu yang asing di zaman ini.Bukan satu yang pelik pun kalau seorang memiliki lebih daripada satu gadjet-gadjet tersebut..tidak semua bertujuan untuk tujuan mempamer..sebaliknya kebanyakkannya untuk tujuan perniagaan,pekerjaan dan sebagainya.Bersangka baiklah.

KREDIT GOOGLE IMAGE

Laptop.Tablet.Telefon pintar dan BLOGGER.Penting.Inilah gadjet untuk seorang blogger itu mengakses pelbagai info.Menyampaikan bermacam maklumat.Berkongsi bermacam-macam kisah untuk rujukan,bacaan dan pengisian kepada sahabat alamaya di seluruh pelusuk dunia yang boleh mengakses blog seorang blogger.Peribadi bagi PC..apa pun brand yang dipilih itu kehendak..sedangkan gadjet ini sudah menjadi satu keperluan untuk berkarya.Setiap satunya memberi kepuasan berbeza ketika seseorang blogger itu sedang berkarya.Ke atau PC saja yang berasakan begitu.Setiap satunya memiliki keperluan yang berbeza dan penggunaan yang terhad.Kombinasinya inshaAllah membuahkan hasil yang baik.Namun begitu..bukan sahaja blogger..sesiapa pun jangan berasa terhalang dengan kekurangan yang ada.Syukuri apa yang telah ada dan dimiliki.Manfaatkan sebaik-baiknya.

#sama-sama mencari redha Allah SWT

PeRdU cINta

Lifestyle Personal Blog - Menjaga rasa cinta.Pengalaman diolah menjadi artikel. JUA AZURA | ISTERI & BLOGGER | ASAL BATU PAHAT JDT | UNTUK REVIEW : EMAIL KE teratakcomelkita8384@gmail.com twitter rss instagram facebook

11 Ulasan

TERIMA KASIH selalu menyokong PERDU CINTA

  1. Semua Saya dah guna dan rasa, alhamdulilah memudahkan urusan.
    Tapi lebih prefer Laptop..handphone memang kegunaan harian..kalau blog je guna laptop..tablet tidak selalu guna..biasa tengok video jer..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..samalah PC pun Sis Lin.PC ikut situasi mudah yang mana ketika itu..tapi kalau guna handphone agak terhad juga..

      Padam
  2. bila dikenang masa lalu memang begitu pantas perubahan teknologi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Brtul.Tidak terkejar rasanya..sentiasa ada sahaj pengeluaran yang baru.

      Padam
  3. Sekarang untuk menulis blog, selalunya kakcik draft dalam hp dan kemudian edit semula melalui pc. Sebab draft dalam hp tu, kebanyakan gambar dalam hp...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju..catat yang ringkas-ringkas..kemudian kembangkan di laptop ye kak..

      Padam
  4. Balasan
    1. Betul sangat.Cuma kita sahaja bagaimana manfaatkannya.

      Padam
  5. kak laili ni old school suka guna laptop. pastu suka guna mouse lagi. kadang tu whatsapp pun tengok kat laptop hehehe

    BalasPadam
  6. Di antara semua tu Mrs. A prefer guna PC/ laptop untuk blogging lebih puashati.
    Ha lagi satu keperluan blogger semestinyalah internetkan heheheee...

    BalasPadam
  7. Setuju.. tp saya masih suka berblog guna laptop atau pc. Ambil masa beberapa jam duduk baru seronok menulis dan blogwalking, baru ada feel... mungkin cara tu sedikit olskool hehe. HP dan tab biasa utk media sosial, wassap dan terima emel je :)

    BalasPadam
Terbaru Lebih lama