بِسْـــــــــمِ ï·²ِالرَّØْÙ…َÙ†ِ الرَّØِيم
Assalammualaikum wbt
SESEKALI MENANGIS SETELAH BERBULAN CERIA | Bersyukur kita atas setiap nikmat yang dipinjamkan pada kita,keluarga kita dan pada semuanya.Biarpun saudara seagama kita ada yang sedang diuji..tidak putus-putus diuji oleh Allah..kita di sini tetap masih boleh bergerak dengan bebas tanpa rasa ketakutan.Masih lagi boleh menjamah makanan apa yang dihajati.Boleh tersenyum ketika bangun daripada tidur.SubhanaAllah.
Ada saudara kita air matanya tidak pernah kering merintih dan berdoa siang malam.Ada yang mahu melelapkan mata pun berasa ketakutan.Ada yang lenanya dalam kelaparan dan menanggung kesakitan..Allahu..maka bersyukurlah kita di sini.Kalau kita berasa kekurangan..ada yang lebih daripada itu tidak memiliki apa-apa.
Gelisah dengan pelbagai bencana.setiap hari ada sahaja peringatan daripada DIA kepada manusia.Siapa yang sedar pasti berasa bahangnya..Siapa yng memahami tentu tahu ini adalah isyarat teguran daripadaNYA.Allahu.MAsih banyak kurangnya pengabdian manusia pada Pencipta.dan tentunya PC sendiri apatah lagi.Berbulan sudah menghadapi cuaca panas terik..kedengaran di sana sini merintih kepanasan..rimas dan menghadapi masalah kesihatan..alhamdulillah kini sesekali menangis setelah berbulan ceria.
Anggaplah panas yang terik itu tanda keceriaan alam..cahaya yang membantu pertumbuhan tumbuh-tumbuhan..pokok buah-buahan untuk mengeluarkan hasil agar dapat dinikmati manusia.Terkini sesekali biarpun sedikit dan seketika awan mula menangis..hujan yang membahagiakan.Dengar rintik hujan pun satu rahmat besar daripadaNYA.
Sesekali menangis setelah berbulan ceria itu nikmat.InshaAllah sampai kitarannya kelak menangis setiap hari cerianya pula dirindui dan dinanti-nanti.Setiap apa yang Allah aturkan itu sudah cukup terbaik untuk kehidupan kita.Tidak dinafi PC juga berkeluh kesah..berkeluh kesah dengan situasi dan cuaca..walhal ianya tidak sepatutnya PC lakukan.Astarghfirullahalazim.
KREDIT GOOGLE IMAGE
Sama ada panas mahupun hujan..moga kedua-duanya memberi manfaat kepada kita manusia semuanya.Aamiin.InshaAllah.
#sama-sama mencari redha Allah SWT
Tags:
Santai
BERSYUKURLAH WALAU SEADANYA TANGIS N TAWA IRINGAN HIDUP
BalasPadamAamiin......Alhamdulillah :)
BalasPadamujian kita ni bahagian masing2 memang macam2 bentuk. sabarla andai tengah berduka. kalo x sedih pun berpada2 dalam bahagia. semoga semua baik2 saja =)
BalasPadamPerancangan Allah adalah yang terbaik.
BalasPadamAamiin.. tu lah kadang kita nie terlepas mulut kan mengeluh dengan apa yang ada dan yang dah ditetapkan.. huhuhu..
BalasPadam